Jika selama ini ancaman kesihatan dan kerugian akibat merokok tidak  membuatkan seseorang itu berhenti merokok, bagaimana jika mendedahkan semua keuntungan yang boleh didapati jika tidak merokok? Berikut ini adalah 25 keuntungan jika anda tidak menghisap rokok.

Seperti diambil dari Health, penyelidik dari Peninsula Medical School, Britain, menyebutkan banyak keuntungan yang akan diperolehi seandainya tidak merokok, antaranya 25 keuntungan ini.

1. Anda boleh menjimatkan, tidak perlu mengeluarkan wang lebih untuk membeli rokok dan boleh membeli barang-barang lain yang dikehendaki.

2. Anda akan menghirup lebih sedikit bakteria menghisap rokok sama dengan menghirup bakteria yang boleh membuat sakit.

3. Anda boleh lebih pintar kerana terhindar dari ketagihan bahan kimia rokok yang boleh merosakkan otak.

4. Anda akan mempunyai gaya bercinta dan kemampuan seksual yang lebih baik kerana aliran darah dan sirkulasinya yang lebih baik dan bersih.

5. Anda akan tidur lebih nyenyak dan lebih baik kerana nikotin adalah zat yang boleh mengganggu pengeluaran hormon tidur.

6. Anda boleh punya tulang yang lebih sihat dan kuat kerana kepadatan mineral tulang tidak akan tercuri dan berkurang akibat merokok.

7. Anda akan terhindar dari penyakit psoriaris kerana kajian terkini menyebutkan ada hubungannya antara perokok dengan penyakit kulit psoriaris.

8. Anda akan merasa lebih hangat dan tidak kedinginan kerana peredaran darah akan berjalan dengan lancar dan menghangatkan tubuh.

9. Anda yang mempunyai penyakit AIDS tidak akan mengalami proses kemunduran daya tahan tubuh yang lebih cepat.
Anda akan terhindar dari semua penyakit kronik yang disebabkan rokok, terutama penyakit jantung yang punya risiko 4 kali ganda.

10. Anda boleh terhindar dari meninggal dunia kerana tumor otak kerana asap rokok yang masuk ke paru-paru boleh merebak cepat ke dalam pembuluh darah di dalam otak.

11. Anda boleh mempunyai gigi yang lebih bersih dan sihat kerana bahan kimia dalam rokok tidak masuk lagi ke mulut dan tidak akan merosakkan gigi.

12. Anda akan mempunyai keriput yang lebih sedikit kerana merokok boleh merosakkan rangkaian dan elastisitas kulit selepas 10 tahun.

13. Anda akan mempunyai deria bau yang lebih baik dan mengambil makanan dengan lebih nikmat.

14. Anda boleh punya rambut yang lebih kuat dan tidak akan cepat mengalami kebotakan.

15. Anda akan menyelesaikan pekerjaan dengan lebih cepat dan produktif kerana jarang sakit.

16. Anda akan terhindar daripada stres kerana tekanan keluarga dan orang-orang yang ingin anda berhenti merokok.

17. Anda terhindar dari batuk dan bronkitis yang mengganggu.

18. Anda akan menyelamatkan bayi dan anak-anak yang tidak berdosa dari gangguan asap rokok.



19. Anda akan memiliki sperma yang lebih banyak dan sihat kerana risiko sperma cacat akibat bahan kimia rokok akan berkurangan.

20. Anda akan lebih dicintai pasangan, menjadi pencium yang baik dan kemungkinan dicampakkan berkurang kerana kebanyakan wanita tidak suka bau asap rokok.

21. Anda akan menjadi contoh dan figur yang baik untuk teman yang ingin berhenti merokok.

22. Anda boleh bernafas lebih panjang kerana karbonmonoksida dari merokok tidak akan masuk ke dalam darah dan menghadkan jumlah oksigen untuk bernafas.

23. Anda boleh punya kemungkinan untuk hamil lebih besar kerana terhindar dari kanser ovari atau rosaknya sel-sel telur dan fungsi reproduktif wanita.

24. Anda punya risiko melahirkan anak cacat yang lebih rendah kerana bahan kimia dalam rokok boleh menyebabkan mutasi gen yang diturunkan pada anak.

25. Anda akan mempunyai umur yang lebih panjang kerana setiap satu batang rokok yang dihisap boleh mengurangkan 11 minit kesempatan hidup.


Dan tentunya masih banyak lagi keuntungan dari tidak merokok. 

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang 25 KEUNTUNGAN BILA ANDA BERHENTI MEROKOK. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger