Membuat sesuatu majlis seperti majlis hari lahir memerlukan  perancangan yang terbaik untuk mengelakkan berlakunya pembaziran. Cegah pengaliran wang terhadap barangan yang tidak berkepentingan dan gunakannya untuk perkara yang lebih mustahak. Oleh itu ayuh ketahui tip merancang parti dengan bajet yang lebih sempurna.


1. Rancang
Sekiranya kamu inginkan majlis yang berjaya, kamu perlu membuat  perancangan yang rapi sekurang-kurangnya  dua bulan lebih awal. rancang majlis kamu dengan penyediaan bajet yang mencukupi iaitu membuat tabungan pendapatan bulanan. Pastikan juadah dan kadar dekorasi yang diinginkan disenaraikan secara teratur. Elakkan membuat sebarang keputusan secara sendirian kerana ditakuti ada yang tidak kena dengan cita rasa orang lain.


2. Belajar Menabung
Pastikan kamu mengamalkan tabungan dengan nisbah 70/30 dari jumlah keseluruhan pendapatan bulanan kamu. Jadikan ia sebagai kunci utama untuk mendapatkan tabungan yang terbaik. Tujuh puluh peratus purata itu merangkumi perbelanjaan dan bayaran wajib setiap bulan dan bakinya adalah sebagai simpanan. Jangan lupa majlis yang hebat memerlukan jumlah kewangan yang besar, jadi marilah menabung!

3. Masak Sendiri
Hidangkan juadah untuk majlis dari air tangan kamu sendiri. Masak sendiri lebih jimat berbanding kamu menggunakan khidmat ketering. kamu mampu mengurangkan kos perbelanjaan majlis sehingga 50% daripada kos keseluruhan sekiranya kamu memasaknya sendiri. Carilah resipi terbaik untuk tetamu yang bakal tiba. Jamulah mereka dengan aneka juadah yang menyelerakan. Mana tahu berkat air tangan kamu itu, kamu akan menerima pujian daripada teman-teman yang hadir.

4. Jangan Berlebih
Ukurlah baju di badan sendiri, jangan ada niat untuk menunjuk-nunjuk kepada teman bahawa kamu mengadakan majlis yang gah walaupun kamu sendiri tidak mampu untuk mengadakan majlis seperti itu. Sediakan bajet yang mencukupi terlebih dahulu dan kemudian niatkan majlis kamu itu sebagai salah satu sedekah kepada semua tetamu yang hadir kerana ditakuti selepas sahaja majlis, kamu pula yang terpaksa meminta sedekah.


5. Elakkan Meminjam Wang
Meminjam wang daripada keluarga atau teman terdekat untuk mengadakan majlis yang diimpikan bukanlah satu cara yang tepat. Elakkan daripada membuat sebarang pinjaman kerana meminjam daripada orang yang rapat membuatkan kamu lebih liat untuk memulangkannya semula. Tiada bezanya kamu menggunakan kad kredit, cuma tiada faedah yang dikenakan. apa lagi carilah sumber kewangan kamu sendiri! 


6. Katakan Tidak Pada Barangan Import
Sokonglah produk tempatan! Barangan tempatan jauh lebih rendah  harganya berbanding yang diimport. Elakkan membeli barangan dari luar yang sama kualitinya dengan barangan tempatan. Jangan hanya menginginkan jenama semata-mata tetapi kamu yang terpaksa mengeluarkan bajetnya. Cara ini juga mampu menjana pendapatan negara serta menstabilkan ekonomi kita.


7. Senaraikan Keperluan Majlis
kamu perlu membuat senarai keperluan majlis terlebih dahulu yang terdiri daripada jemputan yang hadir sehinggalah pada dekorasi untuk tema yang dirancang. Pastikan kamu meneliti barangan yang diperlukan. Hanya barangan dalam senarai sahaja yang perlu dibeli. Jangan rambang mata untuk membeli barangan yang tidak ada kena mengena dengan majlis kamu itu nanti. f

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang 7 Tip Berparti Secara Sederhana...!!!. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger