Kebaikan Garam Untuk Kecantikan Dari Kepala Hingga Ke Kaki | Ingin cantik walaupun dengan bajet yang minimum. Sudah tentu, boleh! Salah satu caranya adalah dengan megetahui helah-helah pintar dan manfaat bahan-bahan yang sedia ada di dapur. Kali ini, manfaat garam untuk kecantikan pula, kami yakin tak semua tahu tentang ini.

Menerusi wanista.com, kami kongsikan 8 kebaikan garam untuk mengekalkan kecantikan paras rupa.

8 Kebaikan Garam Untuk Kecantikan

Menghilangkan jerawat

Menurut Bonnie Ndoci, pemilik salun kecantikan ternama Facials by Bonnie di New York, garam boleh membantu anda mengatasi masalah paling berat bagi wanita-jerawat. Caranya dengan mencampurkan 1/4 sudu kecil garam dengan 1 cawan air panas, kemudian titiskan pada kapas. Tempelkan pada kawasan wajah yang berjerawat selama satu minit. Hal ini untuk mengurangkan keradangan pada kawasan yang berjerawat.

Untuk kecantikan rambut

Jika anda inginkan rambut berombak yang natural, petuanya ada pada ais laut. Air laut dengan kadar seimbang akan membantu anda untuk mewujudkan impian anda untuk mempunyai rambut berombak yang natural. Caranya dengan memasukkan air laut ke dalam spray bottle dan menyembur sedikit pada bahagian rambut anda kemudian ramas-ramas rambut ataupun pintal, agar rambut kelihatan berombak.

Menghilangkan racun

Garam juga boleh dijadikan terapi yang baik bagi kesihatan. Zarah garam yang diserap oleh kulit mampu mengeluarkan racun dari permukaan kulit dan menutrisikan rangkaian dalam agar lebih lembap. Anda boleh cuba berendam dengan ais hangat yang sudah dicampur garam selama kurang lebih setengah jam. 

Skrub wajah

Menurut Katherine Dorn, pemilik Pirerre Michel Salon di New York, campuran garam dan facial oil ternyata boleh dijadikan skrub semulajadi yang berkesan untuk mengangkat sel kulit mati pada wajah. Oleskan larutan tersebut pada seluruh permukaan wajah dan urut lembut gerakan jari memutar. Selain mengangkat sel kulit mati, skrub garam ini juga bermanfaat untuk menghilangkan kedutan di wajah.

Toner

Selain itu, campuran air suam dan garam dalam spray bottle ternyata sangat bagus untuk menjaga kulit wajah anda tetap fresh seharian. Semburan larutan ini pada wajah secara merata, kemudian tepuk-tepuk dengan menggunakan kapas. 

Menghilangkan kantung mata

Bagi menghilangkan lingkaran hitam bawah mata, anda boleh mengatasinya dengan mencampurkan garam dan air panas. Caranya dengan mencampurkan garam dan air panas lalu celupkan kapas ke dalam bancuhan air tersebut. Setelah agak sejuk, tempelkan kapas pada kawasan mata untuk menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata anda secara perlahan.

Melembapkan bibir kering

Cuaca yang panas seringkali membuat bibir anda kelihatan lebih kering. Oleh kerana itu, anda boleh mencuba dengan mencampurkan dua hingga tiga sudu makan garam Epsom yang ditambah dengan satu sudu makan Vaseline. Sapukan kedua larutan ini secara perlahan pada bibir anda sehingga sel-sel kulit mati dapat terangkat sempurna. Selepas itu, bersihkan dengan kain lembut yang sudah dibasahi. Jangan lupa untuk kembali melembapkan bibir anda dengan menggunakan lip balm.

Mengatasi kerengsaan kulit kaki

Bagi mengatasi kerengsaan kulit kaki, rasa lenguh pada kaki, anda perlu merendam kaki dengan ais hangat yang sudah dicampur dengan garam selama setengah jam. Lakukan perkara ini sebanyak dua kali dalam sehari dan masalah anda beransur hilang.

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang 8 Kebaikan Garam Untuk Kecantikan. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger