INILAH contoh sebenar yang boleh dikatakan pada akhlak remaja-remaja Muslim di negara ini.
Apabila kebodohan dan nafsu bergabung, tercetuslah perkara seperti ini yang jujurnya kami katakan, memperbodohkan diri.
Gambar yang diambil daripada aplikasi WeChat ini merupakan salah satu daripada lambakan gambar tidak senonoh yang sering dijumpai di dalam aplikasi permesejan sosial tersebut.
Pernah dilaporkan akhbar tempatan, aplikasi WeChat ini dijadikan medan bagi segelintir individu yang ingin mencari kenalan yang kemudiannya berakhir di ranjang.
Pemerhatian kami pula ketika melihat moment pada tetapan aplikasi tersebut, rata-ratanya menunjukkan mentaliti remaja pada masa kini yang sudah hilang ‘kualiti’ dan sifat taksub pada diri demi mengejar kecantikan adalah perkara biasa buat mereka.
Anda lihatlah sendiri, lebih-lebih lagi golongan wanita, boleh dikatakan hampir 90 peratus daripadanya meluahkan perasaan bagi mendapatkan perhatian daripada pengguna lain.
wechat
Perkara ini selanjutnya akan memberi kesempatan buat golongan lelaki untuk ‘memancing ikan yang dirasakan boleh ditangkap’ dan apabila sudah dimakan umpan, perkara seterusnya yang dikhuartiri akan berlaku adalah…berzina.
Kembali kepada gambar yang kami kongsikan ini, untung besar kepada siapa yang menjadi ‘kawan baik’ perempuan ini ya, tak payah susah-susah kahwin pun boleh ‘dapat free‘ .
Nasihat kami adalah sekiranya anda mempunyai anak perempuan yang aktif menggunakan aplikasi media sosial seperti ini, silalah semak peranti pintarnya.
Jika menjumpai perkara yang mencurigakan, jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur, teruslah memberikan kesedaran kepadanya, kerana anak itu adalah amanah kita daripada Allah. – Sumber MYNEWSHUB.CC

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Apa Nak Jadi? Gadis Melayu Bertudung Kongsi Gambar Sedut Mulut Kekasih. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger