Hong Kong: Satu aplikasi mesej sosial membolehkan penunjuk perasaan prodemokrasi saling berhubung dan mengatur gerakan ketika rangkaian telefon bimbit disekat atau dipadamkan pihak berkuasa di Hong Kong.

Ketua pelajar semalam menggesa pengikut mereka memuat turun aplikasi FireChat yang membolehkan penggunanya berkomunikasi walaupun Internet tidak dapat digunakan selepas khabar angin tersebar bahawa pihak berkuasa mungkin bertindak memadamkan rangkaian telefon bimbit.

Ribuan orang berhimpun memenuhi kawasan utama di bandar raya ini dan enggan bersurai sehingga China bersetuju memberikan demokrasi penuh kepada kawasan separa autonomi itu. Sehingga malam tadi, rangkaian telefon bimbit masih belum dipadamkan.

Aplikasi FireChat menjadi pilihan penunjuk perasaan apabila didapati lebih mudah digunakan terutama di kawasan yang dipenuhi anggota perhimpunan sehingga mengakibatkan rangkaian sesak atau terganggu.

Pelajar, Audrey Chan, 18, berkata dia memuat turun aplikasi berkenaan sebagai langkah persediaan jika talian telefon terganggu.

“Ia mudah digunakan untuk berhubung dengan orang lain tanpa menggunakan Internet. “Apabila rangkaian bermasalah saya masih boleh berkomunikasi,” katanya. Kata-katanya dipersetujui pekerja sambilan dikenali sebagai Minnie.

“Mudah kerana kami tidak memerlukan Internet untuk saling berhubung.

“Beberapa kumpulan di Facebook mencadangkan kami memuat turun aplikasi ini untuk saat kecemasan terutama apabila Internet tidak boleh digunakan,” katanya.

FireChat dilancarkan Mac lalu membolehkan telefon bimbit saling berhubung dalam jarak pendek menggunakan Bluetooth. - AFP

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang APLIKASI FIRECHAT BOLEH DIGUNA TANPA INTERNET. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger