Yan: Seorang bayi perempuan berumur satu hari telah ditemui oleh penduduk kampung Ulu Dulang di dalam sebuah mesin basuh kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 10.44 malam dan terus ke lokasi kejadian.

Sebaik pihak polis tiba selepas menerima laporan, memang terdapat seorang bayi perempuan cukup sifat dengan masih bertali pusat dan disahkan sihat oleh Pembantu Pegawai Perubatan dari Hospital Yan.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai masuk ke rumah terbabit melalui pintu belakang yang tidak berkunci sebelum meletakkan bayi berkenaan di dalam mesin basuh.

“Kita sedang mengesan suspek dan meminta pihak hospital kerajaan mahupun klinik swasta untuk segera menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya terdapat individu yang disyaki datang mendapatkan rawatan," katanya dipetik laporan Harian Metro.

Muhamad Halim berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi. - Siakapkeli.my

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Bayi Umur Sehari Dijumpai Dalam Mesin Basuh. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger