Pada kebiasaan tuala-tuala buruk di rumah akan dijadikan pengelap kaki, meja ataupun terus dibuang. Di sini suka kami untuk kongsikan satu perkara yang menarik yang dihantar oleh seorang liker Siakapkeli berkenaan kegunaan lain tuala buruk tersebut.

Malek Shamsuddin, menerusi laman Siakapkeli di Facebook bersama beberapa keping gambar pasu bunga bermula dari proses awal sehingga siap dengan menggunakan asas tuala buruk.

Cara-cara dan kos untuk membuat pasu bunga ini sangat mudah dah murah. Bahan-bahannya adalah tuala buruk dan simen.

Cara-cara:

1. Bancuh simen dalam satu bekas
2. Ambil tuala buruk dan ratakan/celup dengan air simen tersebut.
3. Acuan menggunakan bekas seperti baldi dan diterbalikkan.
4. Tuala yang sudah basah dengan bancuhan simen diletakkan diatas acuan tersebut.
5. Setelah kering, tuala buruk tersebut akan menjadi keras dan dicabut dari acuan dan siap.
6. Sekiranya anda lebih kretif, anda bolehlah mengecat pasu bunga anda mengikut citarasa masing-masing.

Setelah itu boleh lah isikan tanah dan tanamkan pokok bunga di dalam pasu. Selamat mencuba. Sumber— Siakapkeli.my




G+

Anda baru saja membaca artikel tentang CARA TUKARKAN TUALA BURUK ANDA MENJADI PASU BUNGA YANG CANTIK DAN MENARIK!!!. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger