Ibu tetak anak 12 tahun sampai mati kerana enggan makan sayur | Kerana enggan memakan sayur yang dihidangkan, seorang ibu bertindak kejam apabila menetak anak kandungnya sendiri dengan menggunakan parang sehingga mati.
Ibu tetak anak 12 tahun sampai mati kerana enggan makan sayur
Kejadian Sabtu lalu itu berlaku ketika Lisma, 53, makan bersama anak lelakinya, Eman Wijaya, 12, di rumah mereka di kampung Tanjung Muning di Muara Enim dekat sini.
Lisma berang selepas Eman enggan memakan sayur yang dimasaknya.
Suspek kemudian mengambil parang dan menetak anak bongsunya itu beberapa kali sehingga mati.
Ketua polis Muara Enim, Nuryanto berkata, mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di belakang kepala, leher dan bahu.
“Wanita itu ditahan selepas beberapa jiran yang terlihat mayat mangsa terbaring berlumuran darah di bawah meja makan membuat laporan polis.
“Mereka masuk ke rumah wanita itu selepas mendengar jeritan suspek dan mangsa,” katanya. – Agensi
sumber
http://www.hmetro.com.my/node/55116#sthash.qVC2sGUS.dpuf

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Ibu tetak anak 12 tahun sampai mati kerana enggan makan sayur. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger