Katak Dalam Lemang Buat Pembeli Terkejut | Sekeping gambar lemang yang mengandungi bangkai katak tersebar di media sosial yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Farah Adila.
Katak Dalam Lemang Buat Pembeli Terkejut
Gambar yang dimuatnaik awal hari ini memaparkan hidangan lemang yang mengandungi bangkai katak berwarna hitam.
Menurut kapsyen gambar berkenaan, Farah dan suaminya terpaksa berhenti daripada bersahur berikutan penemuan yang menjijikkan itu.
“Terbantut sahur si suami…Gara-gara makhluk ni yang elok parking dalam lemang yang dibeli kat bazaar semalam. Kecut perut laki bini. Terus loya nak makan apa pun,” katanya.
Menjawab pertanyaan pengguna Facebook lain, Farah mendakwa lemang berkenaan dibeli di sebuah bazar Ramadan di Jalan Kuching.
“Kat bazaar Jalan Kuching sis Cornetto Love, Zarith Norain… gila punya menu laa…tobat rasanya..kesian cik abang kita,” jawab Farah.
Gambar berkenaan yang dimuatnaik olehnya itu mendapat pelbagai kritikan ramai netizen.
“Pernah experience (mengalami) jugak, beli kat kedai lemang deret zoo tu. Katak macam ni gak. Sampai sekarang tak makan lemang buluh,” komen salah seorang pengguna Facebook Zra Zainuddin.
“Tak dapat nak bayangkan kalau siapa yang dah termakan air katak tu,” komen seorang lagi pengguna Facebook, Nurul Sparkletts.
Ada juga pengguna Facebook yang bertanyakan apa spesis katak yang ditemui dalam lemang berkenaan.
“Tu katak ape yer? Farah Adila Katak pisang tu…Sebab tu dia tak boleh berpisah dengan daun pisang,” komen pengguna Facebook, Areekoola Ariel.
sumber
http://bm.therakyatpost.com/viral/2015/07/02/selera-terbantut-lepas-temui-katak-dalam-lemang/#ixzz3ekCxeqep

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Katak Dalam Lemang Buat Pembeli Terkejut. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger