Kerana seekor labah-labah, stesen minyak terbakar | Gara-gara cuba membunuh seekor labah-labah, sebuah stesen minyak dan kereta terbakar dalam satu insiden baru-baru ini.
Kerana seekor labah-labah, stesen minyak terbakar
Insiden itu berlaku apabila seorang lelaki melihat labah-labah di keretanya ketika mengisi minyak di stesen minyak berdekatan Detroit, Michigan.
Dia kemudiannya mengambil tindakan dengan cuba membunuh haiwan tersebut menggunakan pemetik api yang menyebabkan kebakaran kecil di keretanya.
Bagaimanapun, kebakaran itu merebak pula ke pam minyak selepas dia cuba untuk memadamkannya dengan alat pemadam api yang terdapat di stesen tersebut.
Lelaki itu kemudian datang semula ke stesen minyak tersebut pada keesokan harinya bagi meminta maaf di atas tindakannya dan disahkan oleh seorang pekerja, Susan Adams.
“Sama ada anda menggunakan telefon atau elektrik statik, satu percikan api kecil sahaja sudah boleh menyebabkan kebakaran di stesen minyak,” ujarnya. – AGENSI
sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Kerana seekor labah-labah, stesen minyak terbakar. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger