Mendengar gaji RM14,000 sebulan, pasti ramai yang berebut-rebut pekerjaan itu. Namun, tiada sesiapa yang sanggup melakukan pekerjaan ini.

Ini kerana, kerja yang ditawarkan itu amat sukar dan agak mustahil dilakukan iaitu menentukan jantina anak ayam yang baru menetas. 

Itulah yang terjadi pada industri ternakan di United Kingdom yang sedang mengalami masalah mencari pekerja yang sanggup melakukan pekerjaan itu.

Setiap hari, antara 800 hingga 1,200 ekor anak ayam perlu ditentukan jantinanya dengan ketepatan 97% hingga 98%.

Menurut Ketua Eksekutif, Majlis Ternakan Ayam British, Andrew Large berkata, ia mengambil masa selama tiga tahu untuk melatih seseorang pekerja itu mempunyai kepekaan dalam menentukan jantina anak ayam dan ramai orang tidak mahu menghabiskan masa untuk mempelajari kemahiran itu.

"Saya rasa masalah ini adalah kerja itu sendiri. Anda menghabiskan masa berjam-jam sehari hanya untuk merenung bahagian belakang ayam. Dan ini bukanlah satu benda yang menarik untuk dilakukan.

'Di Asia Tenggara pekerjaan menentukan jantina anak ayam adalah pekerjaan yang status tinggi manakala di United Kingdom ia adalah lebih cenderung menjadi bahan jenaka. ' katanya dipetik Metro.uk.KREDIT

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang KERJA UNTUK BEZAKAN JANTINA AYAM DIBAYAR RM 14000. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger