KUALA LUMPUR: Persatuan E-Vaporizers dan Tembakau Alternatif Malaysia (Mevta) hari ini mencadangkan supaya kerjaan mengenakan cukai terhadap penjualan perisan rokok elektrik atau vape supaya ia akan menjadi salah satu punca pendapatan negara.

Menurut jurucakap persatuan berkenaan, ini kerana vape kini sudah menjadi trend di dalam kebanyakkan rakyat terutamanya penghisap rokok tembakau.

Presiden Mevta, Allan Foo berkata, cadangan ini adalah wajar kerana ramai perokok telah bertukar kepada vape menyebabkan pendapatan cukai dari rokok menurun.

Menurutnya, penjualan perasa vape di Malaysia amat menguntungkan dan menerima permintaan yang tinggi daripada pengguna.

“Saya ingin mengusulkan cadangan kepada kerajaan agar produk vape dikenakan cukai seperti mana rokok.

“Jika industri vape ini menjadi sah dan dikenakan cukai, saya percaya ia mampu menjana pendapatan negara,'' katanya dipetik Kosmo!. - Siakapkeli.my

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Persatuan Vaper Cadangkan Vape Dikenakan Cukai Macam Rokok. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger