Petua Atasi Masalah Senggugut. Masalah sengugut sering dihadapi oleh wanita yang datang bulan atau haid.Apakah itu senggugut? Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari , dan saluran falopio, dan pundi kencing. Senggugut juga dipanggil dysmenorrhoea.
Petua Tradisional Merawat Senggugut
Petua Tradisional Merawat Senggugut
Ada beberapa petua tradisional lama yang boleh anda amalkan untuk mereka yang menghadapi masalah ini. Jom slodeng petua yang dikongsikan dibawah.
Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinang bakar itu dengan secawan air suam dan minum setiap hari dari hari pertama datang haid.
Cara kedua adalah dengan mengambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat. Anda juga boleh mencuba dengan minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.
Semoga perkongsian petua tradisional ini dapat membantu anda. Jika masalah berlarutan terus sahaja berjumpa doktor.

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Petua Atasi Masalah Senggugut. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger