Petua Putihkan Gigi Kuning Berkarat. Pasti ramai dikalangan kita menghadapi masalah gigi yang kekuningan dan berkarat. Pasti ramai yang mengimpikan agar gigi kembali putih. Banyak yang memberikan petua cara memutihkan gigi dengan cepat. Ada yang menggunakan soda bikarbonat, garam, arang dan sebagainya.
petua memutihkan gigi
Disini Mysensasi ingin berkongsikan beberapa cara untuk memutihkan gigi yang berkesan. Cara pertama adalah dengan menggunakan peluntur atau Bleaching dan cara kedua rawatan laser atau power whitening.
Kaedah pelunturan dilakukan dengan menyapu sejenis gel ataupun getah keatas lapisan gum gigi anda untuk melingdunginya daripada terdedah. Kemudian, produk pemutih akan disapukan keatas gigi anda dengan menggunakan kaedah dan teknik yang tertentu untuk mendakap seluruh permukaan gigi tersebut.
Cara rawatan laser adalah dengan gigi anda akan dilindungi dengan sejenis getah. Kemudian, gigi anda akan disapukan dengan produk pemutih. Satu pancaran laser akan dipancarkan keatas permukaan gigi tersebut dan akan memberikan tindak balas keatas bahan kimia di dalam produk permutih tersebut.
Untuk kedua cara diatas sila berjumpa doktor gigi anda.
Ada juga beberapa petua yang boleh anda cuba sendiri di rumah dalam usaha anda memutihkan gigi.
Cara pertama adalah menggunakan baking soda atau sodium bicarbonate. Caranya adalah dengan campurkan baking soda dengan jumlah air ataupu jus lemon atau limau yang mencukupi untuk menjadikannya satu sebatian. Letakkan campuran baking soda pada berus gigi anda dan terus memberus gigi. Biarkan selama 1 minit sebelum dibilas.
Cara kedua adalah dengan menggunakan minyak kepala atau minyak masak. Ambil satu sudu teh minyak kelapa sapukan di atas gigi anda. Gunakan lidah anda untuk menyapu pada bahagian belakang dan bahagian yang sukar dicapai. Biarkan selama 10-15 minit dan kemudian ludahkannya. Bilas dengan air bersih, dan kemudian berus gigi anda seperti biasa.
Ada berbagai cara lagi untuk memutihkan gigi sama ada secara moden dan tradisional. Namun pengjagaan gigi dari peringkat awal adalah sangat perlu kerana mencegah lebih baik dari merawat. Selamat memutihkan gigi, jangan lupa kongsi-kongsikan.

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Petua Putihkan Gigi Kuning Berkarat. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger