Hubungan renggang antara Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan pemain import Paulo Rangel ibarat retak menanti belah setelah disahkan pulang ke negaranya dan tidak lagi beraksi bersama pasukan mengharungi kempen Piala Malaysia musim ini.
Presiden PBSNT Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata hari ini, pihaknya mendapati pemain kelahiran Brazil itu sudah meninggalkan Terengganu dan pulang ke negara asalnya.

"Perhubungan kami (PBSNT) dengan dia (Rangel) agak tidak mesra seperti dulu. Cumanya saya difahamkan dia sudah balik ke Brazil atas sebab mahu menguruskan masalah keluarganya.

"Dia dikatakan akan berada di Brazil antara satu hingga dua bulan dan jika ini berlaku, sudah pasti dia tidak akan bersama pasukan Terengganu semasa kempen Piala Malaysia," katanya kepada Bernama.

Oleh kerana berlakunya permasalahan itu, Wan Ahmad Nizam berkata PBSNT akan menilai perkara ini memandangkan Rangel seolah-olah tidak mempunyai hati
mewakili skuad Penyu lagi.
   
Ini susulan hasrat penyerang berusia 30 tahun itu mahu menamatkan kontrak lebih awal dengan Terengganu, tetapi membatalkannya kerana perlu menjelaskan pampasan baki kontrak kepada PBSNT.

"Kalau betul lah begitu, kami kaji balik dan bersedia tamatkan kontrak lebih awal. Namun begitu beliau masih lagi terikat dengan kontrak bersama persatuan hingga tahun depan," katanya.

Beliau berkata walaupun ketiadaan Rangel tidak menjejaskan rentak pasukan, namun ia sedikit sebanyak merencatkan posisi penyerang Terengganu lebih-lebih lagi ketika pasukan bergelut menempatkan diri dalam saingan seterusnya kempen Piala Malaysia.


Katanya ketika ini Terengganu bergantung harap kepada penyerang Norshahrul Idlan Talaha atau dikenali 'Mat Yo', tetapi penyerang kebangsaan itu tidak boleh diturunkan kerana masih lagi dalam penggantungan.


Sumber: StadiumAstro

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang RANGEL TELAH PULANG KE BRAZIL. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger