rekod-dua-tahun-lebur
Ketua Pegawai Eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Logan Raj gembira apabila New Zealand berjaya memecah rekod kemenangan terbesar dunia milik skuad wanita negara.
New Zealand membelasah Samoa, 37-0 di peringkat kumpulan Piala Ocenia yang menawarkan satu tiket ke Sukan Olimpik Rio 2016. 

Rekod kemenangan terbezar dunia yang sebelum ini milik wanita negara hanya bertahan selama dua tahun. 

Ketika itu, Malaysia membelasah Kemboja 36-0 sebelum meraih pingat Sukan SEA Myanmar 2013. 

"Tahniah kepada New Zealand kerana mencipta rekod baru. Tapi pada 2013 kami memecahkan rekod itu, ia sangat membanggakan apatah kami bermain baik. 

"Bagaimanapun rekod memang untuk dipecahkan," kata Logan. 

Sementara itu, KHM sedang memantau keadaan jerebu untuk final Liga Hoki Wanita Malaysia antara Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail dan pusat kecemerlangan Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia, Sabtu ini. 

"Buat masa ini kami masih pantau situasi ini. Kami juga mengikuti perkembangan daripada ISN (Institu Sukan Negara). 

"Tapi setakat ini ia akan tetap berjalan seperti yang dirancangkan."

Sumber: stadiumastro

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang REKOD DUA TAHUN LEBUR. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger