Sejarah minyak sawit dari penggunaannya semenjak 5,000 tahun dahulu sehinggalah kepada sejarah penanaman sawit di Malaysia.
Percaya atau tidak, kesan minyak sawit telah ditemui pada sebuah balang di dalam pusara yang berusia 5,000 tahun di Abydos, Mesir
Pokok sawit (Elaeis Guineesis Jacq.) berasal dari Afrika Barat.
Minyak sawit telah diniagakan secara ‘barter’ untuk garam sejak berkurun-kurun dahulu.
Minyak sawit telah digunakan secara meluas di Eropah pada kurun ke-19 sebagai minyak pelincir untuk jentera dan bahan mentah untuk lilin, sabun dan marjerin.
Orang Inggeris memperkenalkan pokok sawit kepada Malaya sebagai pokok hiasan pada tahun 1870-an.
Kerajaan Malaysia mula memperkenalkan penerokaan tanah untuk tanaman sawit pada tahun 1960-an untuk membasmi kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar.
Ladang sawit pertama di Malaysia telah dibuka di Bestari Jaya (dahulu dikenali sebagai Batang Berjuntai) di Selangor pada tahun 1917.
Kini, Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak sawit yang terbesar di dunia.

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Sejarah Minyak Sawit Malaysia. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger