KLUANG, 29 Okt: Selama tiga hari, Johar Kasim, 68, tidak tahu apakah nasib yang bakal menimpanya apabila teksi yang dipandunya terjatuh kedalam gaung sedalam 4.6 meter.

Dalam kejadian yang berlaku pada awal minggu ini, pemandu teksi itu mengundur teksinya di satu jalan yang sempit dan malang menimpa apabila teksi tersebut tiba-tiba jatuh ke dalam gaung tersebut.

Lebih teruk lagi, Proton Saganya itu jatuh menghempas pokok-pokok sebelum jatuh menjunam ke dasar gaung tersebut. Kejadian menyebabkan kaki kanan Johar cedera dan dia tidak mampu memanjat keluar dari gaung tersebut.

Selama dua malam, Johar yang terperangkap di dalam teksi itu terpaksa bergantung kepada air hujan yang turun untuk diminum bagi meneruskan hidup.

Johar kemudian diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini menggunakan kren pada jam 4.03 petang tadi hasil maklumat orang awam.

Komander Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Akob Sedek berkata enam anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian dan menemui Johar dalam keadaan lemah dan kelaparan.

"Kaki kanan mangsa cedera. Dia memberitahu kami dia mengundurkan teksinya (sebuah Proton Saga) sebelum kenderaannya itu terjunam ke dalam gaung.

Teksi milik Johar tidak dilengkapi dengan radio. Telefon bimbit milik mangsa juga dikatakan terjatuh ketika kejadian dan menyebabkan beliau sukar meminta bantuan.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, disini.

"Gaung itu tidak begitu dalam, tetapi kerana kecederaan, dia tidak dapat memanjat keluar," tambah Akob sebagaimana memetik laporan dari NST. - Siakapkeli.my

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Tiga Hari Terperangkap Dalam Teksi Jatuh Gaung Sedalam 4.6 Meter. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger