Seperti umum ketahui, madu merupakan salah satu makanan sunnah Rasulullah. Tetapi, dengan lambakan madu dipasaran sekarang menyebabkan ianya mudah didapati di merata tempat.

Namun yang menjadi persoalannya ialah adakah madu yang kita semua beli itu betul-betul yang asli, campuran atau tiruan?

Oleh itu, anda sebagai penggemar madu perlulah tahu dan mengenalpasti cara-cara mengenali madu tiruan atau asli. Moga tips yang diberikan ini membantu anda untuk memilih madu dan seterusnya menjaga kesihatan anda!

Madu asli TIDAK MEMPUNYAI TARIKH LUPUT. Makin lama madu disimpan, warnanya akan menjadi makin gelap, tetapi tidak akan menjadi basi, busuk, buruk, hapak, ketiak masam atau sebagainya.

Ada gelang propolis/pollen di bahagian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol

Madu asli TIDAK AKAN BEKU walaupun disimpan di dalam freezer. Ini kerana komposisi air di dalam madu sangatlah rendah. Kandungan lain di dalam madu ialah bukan air jadi bila disimpan di dalam tempat beku, hanya akan menukarkan madu itu menjadi lebih pekat seperti gel.

Madu asli MUNGKIN BOLEH dihurungi oleh semut. Diantara kandungan di dalam madu ialah gula [fructose, glucose, sucrose etc.] jadi memang tidak mustahil untuk semut menghurungi madu. 

Titisan madu bentuknya bulat. Bila madu dititiskan di atas tapak tangan atau atas pinggan, bentuknya bulat, cantik berkilat. Berbeza dengan air, yang akan terus meresap bila dititiskan di sebarang permukaan. Ini kerana kelikatannya.

Madu diletakkan separuh di atas sudu , kemudian dipanaskan di atas api lilin, kalau madu berbuih besar dan tidak tumpah dari sudu ia adalah asli jika sebaliknya adalah tiruan atau campuran.

Cara yang paling tepat untuk mengukur ketulenan madu tidak lain dan tidak bukan ialah dengan cara ujian yang dilakukan di makmal.

Keaslian madu perlu di tentukan kerana kemanisan madu tidak memudaratkan dan kemanisan madu tiruan sudah pasti dari manis gula dan kuantiti gula yang banyak untuk dihasilkan menyebabkan ia berbahaya kepada badan yang boleh menyebabkan penyakit Diabetes..kredit

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Tips Untuk Ketahui Mana Madu Asli Dan Mana Tiruan. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger