Sering kali memuatnaik gambar percutian ke luar negara bersama keluarga dan juga gambar barangan berjenemana mewah, Rozita Che Wan mengakui ada segelintir pihak yang mempertikaikan kemewahannya.

“Biasalah mulut orang. Padahal ramai yang tahu saya turut sibuk dengan perniagaan saya. Itu adalah sumber pendapatan utama. Setakat ini saya menjalankan sebanyak empat jenis perniagaan iaitu syarikat produksi, bidang fesyen menerusi label Padusi, minyak wangi (Precious dan Gorgeous) dan tak lama lagi produk kecantikan pula,” jelasnya kepada mStar Online.

Malah menurut pelakon ini, dia kini lebih memilih tawaran berlakon dan hanya akan memilih watak yang berbeza selain kini mahu memberi lebih tumpuan kepada perniagaan.

“Saya fikir macam ni, jika berlakon saya raih pendapatan kira-kira RM70,000 sebulan. Tetapi dengan perniagaan, saya boleh buat sehingga RM200,000 sebulan. Jadi saya fikir, lebih baik berniaga sendiri dan saya pun puas hati apabila penat lelah kita bersengkang mata sampai ke pagi berhasil”

“Berbeza dengan kerjaya lakonan. Tetapi lakonan memberi populariti di mana ia boleh membantu meningkatkan perniagaan yang dijalankan,” katanya lagi.KREDIT

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang UNTUNG RM 200,00 BANDING LAKONAN-CHE TA. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger