Salah seorang penyanyi yang kembali meningkatkan popularitinya selepas memasuki Gegar Vaganza 2 ialah Siti Nordiana. Rupa-rupanya ramai peminat penyanyi yang pernah menjadi pujaan ramai satu ketika dahulu. Nama Siti Nordiana kembali menjadi siulan ramai selepas konsert keempat di mana lagu nyanyiannya “Memori Berkasih” bersama Lan Kristal menjadi viral. Semua habis teringat kenangan lama masa zaman sekolah dulu. Hehehe.


Malah pada minggu lalu (minggu kelima), Siti Nordiana mendapat undian tertinggi daripada para juri selepas namanya diumumkan sebagai penyanyi pertama mendapat lagu untuk minggu seterusnya. Fuh!!! Memang hebat. Kelab peminat Siti Nordiana juga kelihatan amat aktif menyokong kerjaya seninya di laman sosial. Boleh dikatakan kerana Gegar Vaganza 2, nama Siti Nordiana kini kembali meniti di bibir orang ramai.


Berdasarkan pemerhatian Abang Nara, kemungkinan besar Siti Nordiana mampu beraksi sehingga ke final Gegar Vaganza 2. Namun persaingan daripada para peserta lain juga amat sengit. Siti Nordiana harus meningkatkan usahanya dan tidak leka dengan populariti yang dikecapi kini. Semoga terus berjaya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.



















G+

Anda baru saja membaca artikel tentang (17 GAMBAR) Siti Nordiana Yang Semakin Popular Kerana Gegar Vaganza 2. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger