4 Sekeluarga di Tapah dipercayai bakar, tanam dan buang sekurang-kurangnya 4 mangsa ke dalam sungai | Polis tahan empat sekeluarga dipercayai terbabit dalam kes bunuh sekurang-kurangnya empat mangsa dengan cara membakar, menanam dan membuang tulang dan abu mayat mangsa ke dalam sungai dalam kejadian di bengkel bas di Jalan Pahang berhampiran Plaza Tol Tapah, di sini.

Difahamkan, jenayah kejam itu terbongkar hasil maklumat awam dan risikan polis berdasarkan laporan polis dibuat oleh ahli keluarga seorang daripada mangsa hingga suspek berjaya diberkas pada 26 Oktober lalu memetik Harian Metro.

4 Sekeluarga Kejam di Tapah Ditahan
KAWASAN dipercayai tempat membakar dan membuang mangsa di bengkel bas dan empat suspek yang disambung reman hari ini. FOTO Supian Ahmad dan Asrizal Aris.

Suspek utama yang juga pemilik bengkel berkenaan ditahan di rumahnya yang juga dikawasan bengkel terbabit bersama isteri serta dua anaknya dan direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Tapah.

Keempat-empat suspek berkenaan juga disambung reman pada hari ini oleh Majistret Nurul Nadia Abdul Razak selama empat hari lagi bagi membantu siasatan polis

Menurut sumber, seorang daripada mangsa adalah ejen hartanah berusia 46 tahun berasal dari Chenderiang, dekat sini pada hujung Ogos lalu.

“Semua mangsa dipercayai dibunuh dengan cara dipukul sebelum dibakar di atas zink dan kemudian serpihan tulang serta abu dibuang ke dalam sungai berhampiran.

“Ejen hartanah itu dipercayai dibunuh dan ditanam di sebuah ladang kelapa sawit di Batu 5, Jalan Pahang, kira-kira 10 kilometer dari bengkel suspek.

“Berpandukan soal siasat terhadap suspek polis kemudian menemui beberapa serpihan tulang dipercayai milik mangsa lain yang dibuang ke dalam sungai,” katanya.

Sementara itu, tinjauan wartawan di bengkel berkenaan hari ini mendapati polis sudah selesai menjalankan pemeriksaan di kawasan terbabit.

Kawasan bengkel berkenaan dipenuhi dengan kira-kira 30 ekor anjing dipercayai milik suspek dan difahamkan rumah dan bengkel berkenaan disewa oleh suspek daripada seorang penduduk setempat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan itu dan kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, setakat ini siasatan mendapati terdapat pelbagai motif pembunuhan dan siasatan lanjut sedang dijalankan dan sidang media mengenai kes itu akan dibuat oleh Polis Perak pada hari ini.

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang 4 Sekeluarga Kejam di Tapah Ditahan. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger