8 Cara Pujuk Anak Suka Baling Barang | Anak kecil akan mula tunjuk emosinya ketika usia 18 bulan hingga 3 tahun. Bukan sekadar menangis, tetapi lebih parah anak kecil mula baling barang.

Jangan risau jika anak melempar barang, cuba jadikan kegiatan ini untuk perkara yang positif seperti menciptakan batasan.

Menerusi Mingguan Wanita Krangkraf, berikut merupakan antara cara terbaik untuk memujuk anak anda yang suka membaling barang:

Cara Pujuk Anak yang Suka Baling Barang

1. Pegang tangannya

Sebelum si kecil melontar barang, segera pegang tangan dan ambil barang yang dipegangnya. Gantikan barang yang akan dilempar dengan permainan yang lebih sesuai seperti bola plastik. Elok alihkan perhatiannya dengan mengajak anak bermain dengan permainan yang baru anda berikan.

2. Jangan jerit

Jika anda selalu menjerit untuk mengelakkannya melempar barang, anak akan belajar bahawa melempar sesuatu boleh digunakan sebagai cara mengancam anda apabila keinginannya tidak dituruti.

3. Pandang matanya dan berkata

Anak pada usia ini tidak akan mendengar bebelan ibu. Sebaiknya pandang mata, pegang benda yang ingin dilemparnya dan katakan, “Ini tidak boleh dibaling. Rosak nanti.”

4. Lontar bersama

Anak akan lebih cepat belajar tentang benda yang boleh dibaling apabila dia melihat objek tersebut. Sediakan barang-barang yang boleh dilemparnya.

5. Konsisten

Jangan mudah tergoda dengan rengekan anak yang gemar melempar. Jika anda sudah melarang, jangan sesekali izinkannya membaling. Singkirkan barang-barang yang berbahaya yang ada berhampirannya. Katakan berulang alik.

6. Suap atau berhenti

Jika anda suka membaling makanan yang sedang dimakan, jauhkan makanan atau peralatannya setelah selesai makan. Kalau baling makanan ketika sedang makan, terus angkat pinggan dan jauhkannya. Ada baiknya ibu menyuapkan anak makan sehingga selesai.

7. Cuba masuk dunia si kecil

Kenal pasti sama anak sedang memenuhi keperluannya untuk melempar atau sedang marah. Jika dia baling barang kerana marah, peluk anak sehingga dia tenang. Bila anda sudah boleh bercakap, tanya punca amarah.

8. Pujuk dan lakukan bersama

Jangan memaksa anak mengutip barang yang dilemparkannya dengan emosi marah. Lebih baik anda pujuk dan ajak: “Sayang, mari kita cari kotak merah yang kamu baling tadi. Masukkan dalam kotak semula ya!”

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Cara Pujuk Anak yang Suka Baling Barang. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger