INFO : Syarat Untuk Menjadi Pramugara Dan Pramugari Yang Ramai Tidak Tahu 


Info di bawah ini adalah hasil dari temu bual bersama - sama Mr Elson,  Flight Attandent Trainer AirAsia juga merangkap sebagai Pramugara yang telah berkhidmat selama 17 tahun dalam bidang kerjaya di awan biru ini .

Syarat Untuk Menjadi Pramugara Dan Pramugari
19 tahun dan ke atas
SPM :  Kredit dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris  dan Matematik
Ketinggian minimum : lelaki -  170cm , perempuan - 160cm 
Mempunyai kulit yang baik ( tidak berparut ) 
Berupaya untuk berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik
Berperwatakan menarik ( good smile etc ) 

Sesi Temuduga 

Mempunyai 5 peringkat

1. Pemeriksaan Ketinggian dan Berat 
Sertakan dokumen seperti salinan Sijil Kelahiran , Kad pengenalan , Sijil Peperiksaan SPM dan tertinggi , lain - lain dokumen berkaitan
2. Catwalk dan Pemeriksaan fizikal
Pemeriksaan fizikal disini hanya melibatkan kawasan yang mudah dilihat 
3. English Test
Individu yang berkebolehan dalam membuat pembentangan yang baik adalah satu kelebihan 
4.  Temuduga bersama Panel
Isu semasa termasuk mengenai peringkat temuduga yang telah dilalui oleh calon
5. Pemeriksaan Perubatan

Pemeriksaan dan persediaan akan dibuat oleh pihak AirAsia 
Carrier Path 
Flight Attendant 
Senior Flight Attendant
Executive Flight Attendant 
Flight Attendant Management / Flight Attendant Trainer 
Info Tambahan 

Training 

Latihan selama 2 bulan setengah* di Akademi AirAsia 
Latihan bermula dari 9 pagi sehingga 6 petang
Kelas dan latihan kadang - kadang termasuk hari minggu dan cuti am 
Asrama hanya disediakan buat mereka dari luar negara sahaja 
Elaun disediakan ( rujuk laman web AirAsia ) 

Working 

Sanggup terima pertukaran tempat bekerja ( accept transfer ) 
Antara Elaun yang disediakan seater allowance , hourly / meal  allowance, night stop allowance ( hanya untuk mereka yang bekerja di  penerbangan AirAsia X ) , sales commission 
Anggaran kasar gaji = 4500 - 5500 

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang INFO : Syarat Untuk Menjadi Pramugara Dan Pramugari Yang Ramai Tidak Tahu. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger