Miri , 24 Nov- Akibat meminta rokok, seorang lelaki maut di tangan abangnya sendiri dalam satu kejadian yang berlaku di rumah flat di Permyjaya Tudan disini kira-kira pukul 5 petang kelmarin.

Memetik laporan dari Bernama, Timbalan Ketua Polis Miri Supt Stanley Johnathan Ringgit berkata, mangsa, Frankie Nyegiang Ramlie, 22, ditegur oleh abangnya, 25, kerana sering meminta rokok.

"Mangsa naik marah bila ditegur dan terus mengambil parang manakala suspek bertindak balas dengan mengambil pisau sayur," katanya semalam.

Tambah Stanley lagi, pergelutan antara suspek dan mangsa menyebabkan mangsa mengalami kesan tikaman di bahagian dada sebelah kanak dan kesan kelar di pergelangan tangan kiri.

Semasa kejadian cubaan tiga individu yang turut berada di tempat kejadian untuk meleraikan pergaduhan gagal. Pergelutan berakhir dengan mangsa berada dalam keadaan lemah.

"Suspek dan sepupunya telah menghantar mangsa ke Hospital Miri pada pukul 9 malam untuk mendapatkan rawatan, namun mangsa disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital," katanya.

Stanley juga berkata mangsa dan suspek dipercayai mabuk kerana sesi meminum minuman keras bersama rakan dan sepupu.

Suspek dan tiga yang lain ditahan untuk membantu siasatan.

Selain itu, sebilah pisau pemotong sayur dan parang panjang turut dirampas oleh polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan. - Siakapkeli.my

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Adik Maut di Tangan Abang Sendiri Kerana Rokok. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger