Kantoi! Padah tersilap masukkan duit RM1.64 Juta ke akaun orang lain, selepas seminggu lihat apa yang dilakukan oleh lelaki bertuah ini amat mengejutkan pihak bank dan pemilik duit berkenaan?!

Joli sakan!!!!

Landak, Indonesia: Seorang lelaki yang berjoli sakan selepas wang tunai Rp5.1 bilion (RM1.64 juta) tiba-tiba dimasukkan ke akaunnya kini bakal berdepan tindakan apabila diarahkan memulangkan duit berkenaan.

Suparman, 51, berkata, kejadian berlaku pada 2 Februari lalu apabila dia menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui telefon memberitahu wang berjumlah Rp5.1 bilion didepositkan ke akaunnya.

Terkejut dengan SMS itu dia segera pergi ke mesin pengeluaran automatik (ATM) membuat pengeluaran Rp10 juta (RM3,213) dan memindahkan wang berjumlah Rp100 juta (RM32,142) ke dalam akaun bank rakannya.

Pada 5 Februari, dia membuat sekali lagi pemindahan wang berjumlah Rp100 juta (RM32,142) ke dalam akaun bank rakannya.
Pada hari yang sama dia membuat pengeluaran wang tunai di ATM Rp510 juta (RM163,837).

Dia kemudiannya membuat lagi beberapa pengeluaran menjadikan jumlah keseluruhan wang tunai yang dikeluarkannya berjumlah hampir Rp2.2 bilion (RM706,596).

Beberapa hari selepas itu, Suparman cuba membuat pengeluaran lagi, tetapi malangnya mendapati wang dalam akaunnya sudah tiada lagi.

“Tidak lama selepas itu saya menerima panggilan dari Bank Negara Indonesia (BNI) yang memberitahu wang itu tersilap didepositkan ke akaun saya.

“Paling mengejutkan saya, BNI meminta saya mengembalikan sebahagian wang berkenaan.
“Saya tidak tahu bagaimana mahu menggantikan wang itu yang sudah habis saya belanjakan,” katanya - Hmetro

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Padah tersilap masukkan duit RM1.64 Juta ke akaun orang lain . Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger