KUALA LUMPUR: Penjual serta pengguna vape yang menggunakan perisa yang mengandungi nikotin akan berdepan dengan tindakan undang-undang di bawah Akta Racun 1952.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kadungan perisa vape yang dihasilkan adalah merbahaya di mana ia memberikan kesan jangka masa panjang yang boleh menyebabkan kanser serta membawa maut jika kandungan nikotin yang tinggi.

"Nikotin adalah barang kawalan di bawah Akta Racun dan penjualan cecair vape yang mengandungi nikotin secara terbuka amat merbahaya kerana terdapat botol perisa vape 25 mililiter (ml) yang mengandungi 100 miligram (mg) nikotin di dalamnya."

“Perkara sebegini dikhuatiri menjurus kepada penyalahgunaan cecair berbahaya tersebut kerana dengan hanya 40mg kandungan nikotin sahaja sudah boleh membunuh seorang dewasa.

“Pihak kementerian sedang menjalankan kajian dalam merangka bentuk kawalan dan tindakan bagi mengawal trend dalam kalangan anak muda dalam fenomena vape yang sebenarnya melahirkan ramai perokok baharu,” katanya.

Vape adalah medium yang menggantikan ketagihan rokok serta kos perbelanjaan vape yang lebih rendah serta bergaya dikatakan menjadi punca ia popular dalam kalangan generasi muda.

"Teknologi gajet vape yang baru muncul itu memerlukan penggubalan akta baharu bagi meletakkan barangan tersebut di bawah akta yang bakal digubal atau dipinda nanti."

"Peningkatan mendadak penggunaan vape dalam kalangan rakyat telah meletakkan Malaysia pada tangga kedua penggunaan vape paling tinggi di dunia dan perkara berkenaan amat membimbangkan," katanya lagi.

Ditanya mengenai kenaikan harga rokok baru-baru boleh menyebabkan peningkatan pengguna vape, Noor Hisham berkata, alasan berhenti merokok dan beralih kepada vape adalah tidak berasas kerana perkara itu bukan mengurangkan jumlah perokok tetapi meningkatkan jumlah perokok baharu.

“Jika seseorang perokok itu berniat berhenti merokok, Klinik Berhenti Merokok membolehkan mereka mendapatkan khidmat nasihat pengambilan nikotin secara terkawal oleh doktor bagi menghentikan ketagihan,” jelasnya. - Siakapkeli.my

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Pengguna Dan Penjual Vape Bernikotin Akan Didakwa Bawah Akta Racun. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger