Kita sering melihat gambar beliau di laman sosial dan tidak kurang ada yang menggunakan gambarnya sebagai profile picture mereka, tetapi kita kenalkan siapa gerangan gadis manis ini?

Sejak kebelakangan ini, gambar-gambar beliau menjadi bualan hangat lelaki di media sosial di Malaysia dan Indonesia, di mana mereka memuji kecantikan pramugari ini.

Benarkan beliau seorang peramugari?

Ya, beliau merupakan peramugari di Saudi Arabian Airlines, namanya ialah Radiah Binti Sarip, berumur 24 tahun, berasal dari Sarawak dan kini menetap di Jeddah kerana bekerja di sana.

Graduan Universiti Malaysia Pahang ini menjadi bualan hangat kerana pemakaian yang sopan melambangkan wanita timur sedangkan beliau merupakan pramugari yang diketahui sering tampil dengan imej agak seksi.



Gambar-gambarnya lengkap bertudung dengan memiliki postur badan yang tinggi menjadi bualan lelaki dan juga sebagai contoh terbaik kepada wanita Muslim.

Pramugari ini membuktikan kecantikan wanita sebenarnya amat menyerlah awalupun menutup aurat dan tidak perlu memakai pakaian seksi untuk menarik perhatian orang.

Apapun, semoga beliau terus berjaya dalam kerjaya yang diceburi bersama Saudi Arabian Airlines yang merupakan antara syarikat udara komersial yang membolehkan pekerjanya menutup aurat selain Royal Brunei Airlines, Iran Air dan paling baharu, Rayani Air Malaysia. -Siakapkeli.my

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Siapakah Pramugari Cantik Yang Menjadi Bualan Netizen Malaysia Dan Indonesia Ini. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger