Pertama kali nak mengaku alhamdulillah Mak Jemah takde masalah tangan sensitif hingga tak boleh nak basuh pinggan. Paling kurang pun akan jadi kering dan rasa kasar jika pencuci pinggan jenis sabun, apatah lagi jika guna sabun basuh.

Eh ada tau orang basuh pinggan guna pencuci sabun basuh. Tapi bagi Mak Jemah sabun basuh ni panas, kalau guna memang lepas tu kasar bolehbuat kertas pasir la tangan ni.

Berapa ramai yang kisah nak jaga tangan ni bila nak cuci pinggan mangkuk? Bagi yang takde masalah, atau kulit kering sikit tu mungkin tak kisah sangat, tapi Mak Jemah pasti ada yang memang berkulit sensitif dan perlukan sabun pencuci pinggan organik. Pencuci pinggan organik biasanya tiada sabun dan harganya lebih mahal dari biasa.

Standardlah harga mahal kalau dah organik kan. Dulu Mak Jemah tak ambil peduli sangat hal ni tapi semalam teringat bab ni, mana la tau ada orang yang hadapi masalah memang menangislah kalau nak basuh pinggan maka kita kena la tolong. Bagaimana nak elak dari tangan sampai berdarah bila nak basuh pinggan, atau terpaksa pakai glove untuk basuh pinggan? Ada ke?

Tips Untuk Mereka Yang Ada Tangan Sensitif

Pakai pencuci pinggan tanpa sabun. Kalau yang bersabun ni boleh mengeringkan tangan dan juga menyebabkan kulit sensitif akan berdarah jika keadaan teruk.
Jangan lupa lembabkan kulit tangan sentiasa. Setiap kali membasuh tangan, lembabkan tangan dengan memakai pelembab seperti losyen kegemaran anda. Losyen kegemaran Mak Jemah sudah pasti dari rangkaian Crabtree & Evelyn. Oh so jatuh cinta!
Elakkan terkena sabun yang mengandungi bahan kimia. Jika nak guna juga wajiblah memakai glove supaya kulit anda tidak teruk.
Elakkan sabun yang mengandungi pewangi. Kebiasaan sabun yang mengandungi bahan kimia juga biasanya berbau wangi.
Tapi kalau nak elak semua ni, nak pakai glove setiap masa semasa basuh pinggan satu masalah juga kan. Rimas pun ada. Nak pegang pinggan pun tak selesa. Jadi penyelesaian paling mudah senang je, beli pencuci pinggan yang organik.

Mak Jemah nak perkenalkan pencuci pinggan organik ni iaitu dari rangkaian Get Clean Hand Dish Wash Liquid Concentrate. Tiada bahan kimia dan jaminannya adalah:

√ non toxic

√ natural

√ Hypoallergenic

√ Biodegradable surfactants

√ no phosphates

Pendek kata kalau tangan anda jenis sensitif, guna yang ni tiada masalah lagi. Boleh membasuh pinggan dengan riang gembira hingga terasa nak pergi basuh pinggan jiran sebelah, over tau!

Kenapa Best Guna Get Clean Hand Dish Wash

Kebiasaan kandungan pencuci adalah dari petroleum based surfactant yang mana mengandungi detergen bahaya seperti diethanolamine (DEA) dan Sodium Dodecylbenzensulgfonate. Bahan inilah raja perosak yang boleh menyebabkan alahan pada kulit terutama mereka yanga da masalah kulit sensitif.

Ia mengandungi sumber tumbuhan, bukan sumber petroleum. Jadi ianya sangat lembut pada kulit dan hanya gunakan beberapa titis sahaja tetapi kesannya power. Maka boleh jimatkan duit sebab guna sikit, sebotol boleh jimat wang. Maklumlah sekarang musim berjimat.

Tapi kalau mereka yang ada masalah kulit sensitif, ini bukan pilihan lagi, dah jadi wajib dapatkan ehehhe.

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Tangan Berdarah Akibat Basuh Pinggan LIKEAND TWEET. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger