VIDEO seorang lelaki yang melakukan kezaliman terhadap seekor anjing dengan cara menjerut haiwan berkenaan menerima kritikan hebat pengguna sosial media di Singapura.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah kondominium dan lelaki terbabit merupakan seorang pelajar universiti tempatan.

Berdasarkan rakaman video yang tersebar, anjing yang diseksa lelaki itu kelihatan terhenti nafas dan kaku sambil ekornya bergerak-gerak.



Difahamkan, punca yang menyebabkan anjing itu diperlakukan demikian hanya semata-mata haiwan itu tidak mahu mengikutnya keluar rumah.

Aksi kejam lelaki itu telah dirakam oleh rakannya yang kemudian dimuat naik ke YouTube.

Perbuatan kejam lelaki itu mendapat cemuhan daripada pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatan itu sebagai satu tindakan tidak berakhlak.

Malah, tindakan lelaki itu turut dikecam para pencinta haiwan yang berharap agar lelaki itu mendapat pembalasan diatas perbuatan kejamnya itu.

Kami difahamkan pihak Persatuan Perlindungan Penganiayaan Haiwan (SPCA) negara itu telah mengambil tindakan terhadap si pelaku terbabit.

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Video: KEJAM!!!!!! Lelaki Jerut Anjing Cetus Kemarahan Di Singapura. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger