Disini kami kongsikan kepada korang 23 tips untuk korang yang bakal menempuhi pengembaraan buat kali pertama. Apa pun enjoy dan jangan lupa sediakan memory card untuk gambar-gambar sweet anda.

23 Tips Mengembara Untuk Kali Pertama


1. Mengembara lah dengan mata yang terbuka luas.

2. Jangan mengharapkan keselesaan seperti di rumah.

3. Bersikap terbuka untuk belajar perkara baru.

4. Belajar asas-asas bahasa tempatan dan gunakan lebih kerap. Ia adalah cara terbaik untuk menunjukkan rasa hormat,menghapuskan halangan dan memulakan perbualan.

5. Tahu adab dan gunakannya.

6. Tawar menawar. Ini adalah bahagian penting dalam urusan jual beli ketika mengembara.

7. Tinggalkan kesan yang baik dan terbaik untuk korang dan negara yang korang lawati.

8.  Hormati adat tempatan. Itu bukan cara korang. Korang hanya pelawat.

9.  Mulakan travel pada usia muda.

10. Makan makanan jalanan. Ia tidak akan membunuh korang. Malah,terdapat banyak sebab mengapa korang perlu makan makanan jalanan.

11. Cuba hidangan tempatan yang berbeza di setiap destinasi. 

12. Tidak mengapa jika tidak selesa,ia adalah bagaimana korang berkembang.

13. Bersikap fleksibel. Ia adalah cara terbaik untuk menyesuaikan diri.

14. Minta bantuan apabila korang memerlukannya,walaupun ia adalah dalam bahasa isyarat.

15. Cuba bersikap mesra dengan bercakap dengan rakyat tempatan. Sungguh mengagumkan apa yang korang akan belajar.

16. Belajar dan jelajahi lah budaya tempatan sebanyak mungkin.

17. Salam dan beramah mesra. Korang akan temui ramai kawan. Minta Facebook dan Instagram mereka.

18. Jangan takut untuk berkata TIDAK.

19. Pastikan korang ada insuran perjalanan.

20. Kurangkan bergantung pada teknologi. Gunakan peta. Korang kan pengembara.

21. Ambil gambar budaya dan apa yang korang pelajari sebanyak mungkin.

22. Jaga passport. Korang perlukan kegembiraan bukan kesengsaraan.

23. Bersedia untuk menghadapi culture shock bila kembali ke hometown korang nanti.



G+

Anda baru saja membaca artikel tentang 23 Tips Hebat Mengembara Untuk Kali Pertama..!!!. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger