RASAH 4 Dis. – Seorang peniaga pasar malam dihukum penjara 10 tahun dan sebatan lima kali oleh Mahkamah Sesyen Seremban dekat sini atas pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap anak perempuannya, dua tahun lalu.

Tertuduh yang berumur 44 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut tanpa kerelaan mangsa yang pada ketika itu berumur 17 tahun di sebuah rumah di Taman Pedas Indah, Rembau dekat sini kira-kira pukul 6 petang, Ogos 2013.

Hakim Madihah Harullah memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa semalam setelah tertuduh membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan tersebut.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Abdul Rashid memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh demi kepentingan awam dan mengambil kira trauma yang dihadapi oleh mangsa.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu diberi hukuman ringan kerana perbuatan itu adalah kesalahan pertama selain mempunyai dua anak yang masih bersekolah serta ibu yang sudah tua.

Mengikut fakta kes, ketika mangsa yang juga pengadu sedang menonton televisyen di rumah, tertuduh telah membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada remaja itu.

Pengadu kemudian dipaksa oleh tertuduh melakukan seks luar tabii sebanyak dua kali.

Tertuduh turut melakukan perbuatan tidak senonoh kepada pengadu seperti meraba badan dan menunjukkan gambar lucah ketika pengadu berusia 15 tahun.

Pengadu tidak menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya kerana takut dengan tertuduh yang disifatkan sebagai panas baran selain turut diberi amaran.

Pada 20 November lalu, pengadu nekad menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya dan membuat laporan polis keesokan harinya menyebabkan tertuduh ditahan.

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Bapa dipenjara 10 tahun dan sebat seeks luar taabii anak gadis sendiri . Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger