SHAH ALAM: Sebelum mengambil langkah yang sama dnegan Johor dan Kelantan yang mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape, Selangor pula akan mengadakan perbincangan dan kajian yang mendalam tentang isu itu.

Hal itu dinyatakan oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Ali, dengan menambah bengkel berkenaan penggunaan vape akan dilaksanakan pada awal tahun depan.

"Bengkel itu akan melibatkan Kementerian Kesihatan, kumpulan anak muda dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bagi meneliti kesan kesihatan akibat menghisap vape.

"Kita akan melihat rumusan daripada bengkel tersebut sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.

Ujar Azmin kerajaan negeri tidak mahu mengambil langkah drastik tanpa adanya pandangan daripada golongan yang berkaitan. -Siakapkeli.my

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Haramkan Vape: Selangor Adakan Perbincangan Dan Kajian Terlebih Dahulu. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger