Ibu Lempar Anak Ke Dalam Sungai

Seorang ibu dikecam kerana bertindak keterlaluan kerana mahu menghukum anak perempuannya dengan mencampak ke dalam sungai, kelmarin. 

Menerusi sebuah video viral, wanita tersebut dirakam memarahi anaknya di tepi sungai di Chaozhou kerana mendapat markah rendah di dalam ujian di sekolah.

Wanita tersebut kemudian menolak mangsa jatuh ke dalam sungai sebelum mengangkatnya kembali dan menolaknya kembali ke dalam sungai.

Laporan Dailymail mengatakan kejadian tersebut disaksikan leh orang ramai. Menurut seorang saksi, wanita tersebut memberitahu anaknya mengugut untuk membunuh diri setiap kali beliau mahu mengajarnya di rumah mereka. 


Ibu Lempar Anak Ke Dalam Sungai | Tidak Tahu Kesusahan Besarkan Anak


Beliau kemudian memarahi orang ramai yang berkumpul dan mendakwa mereka ‘tidak tahu kesusahan membesarkan anak’. 

Kedua-dua beranak kemudian dilihat meninggalkan tempat kejadian. Difahamkan, sungai tersebut tidak terlalu dalam tetapi mempunyai arus yang laju.

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Ibu Lempar Anak Ke Dalam Sungai. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger