Jangan terkejut jika dikatakan kualiti air mani lelaki di Malaysia yang berusia 20 hingga 30 tahun menyusut sehingga 43 peratus.

“Hasil kajian itu menjadi keputusan penting kepada pengkaji membuat rumusan bahawa Malaysia kini perlu mempertingkatkan rawatan kesuburan dalam kalangan rakyatnya,” kata pengarah perubatan Pusat Fertiliti Kuala Lumpur, Datuk Dr Prashant Nadkarni tentang kajian yang dijalan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, baru-baru ini.
Hal itu turut dipersetujui seorang lagi pakar, Dr Agilan Arjunan, dengan memetik pengalamannya menunjukkan lelaki punca masalah kesuburan bagi 40 hingga 50 peratus pasangan yang meminta khidmat nasihatnya.
Antara faktor yang menyumbang kepada masalah ini juga adalah gaya hidup tidak sihat dan makanan yang mengandungi bahan kimia.
“Sebagai contoh, lelaki Malaysia masa kini dilihat lebih gemar mengambil makanan yang diproses, dicampur banyak perisa dan pewarna.
“Tabiat tersebut boleh menyebabkan kualiti sperma lelaki terganggu dan seterusnya menjadikan sperma tidak berkualiti,” katanya.
Pakar sakit tuan Dr Ismail Tambi pula berpendapat penurunan kualiti sperma juga disebabkan tekanan kerja dan gangguan harian.
“Tekanan luaran kepada kaum lelaki boleh menyebabkan kualiti sperma dihasilkan kilang sperma tidak cukup sifat atau cacat seperti sperma tiada ekor dan gagal berenang ke telur.
“Lima daripada 10 lelaki Malaysia pada masa ini juga dikesan tiada masa untuk menjalinkan hubungan kelamin dengan pasangan,” ujarnya. -Siakapkeli.my

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Kajian Menunjukkan Kualiti Sperma Lelaki Malaysia Semakin Merosot. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger