Berdasarkan laporan Pembagunan Manusia yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun ini, Norway sekali lagi dipilih sebagai negara terbaik untuk didiami, buat tahun ke-12 berturut-turut.

Pemilihan Norway sebagai negara yang paling baik untuk didiami ini adalah catatkan skor tertinggi 0.944 dalam aspek jangka hayat, pendidikan, taraf hidup, dan beberapa aspek lain. Setiap negara diberi skor purata dari 0 hingga 1 dalam penilaian tersebut.

Jangka hayat sewaktu kelahiran di Norway ialah 81.6 tahun manakala keluaran dalam negara kasar per kapita ialah $64,992 (RM281,867).

10 negara terbaik untuk didiami menurut laporan tersebut ialah:

1. Norway - 0.944
2. Australia - 0.935
3. Switzerland - 0.930
4. Denmark - 0.923
5. Belanda - 0.922
6. Jerman - 0.916
6. Ireland - 0.916
8. Amerika Syarikat - 0.915
9. Kanada - 0.913
10. New Zealand - 0.913
62.Malaysia

Manakala negara yang menduduki tangga tercorot untuk didiami ialah Burkina Faso, Burundi, dan Niger.

Kejayaan Norway disumbang beberapa faktor seperti ekonomi bertunjangkan petroleum, sistem penjagaan kesihatan yang kukuh, dan struktur kerajaan yang stabil. Keindahan semulajadi Norway juga turut menjana sektor pelancongan yang menguntungkan. -Siakapkeli.my

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Norway Dipilih Sebagai Negara Terbaik Untuk Didiami 12 Tahun Berturut-Turut. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

1 Komentar untuk "Norway Dipilih Sebagai Negara Terbaik Untuk Didiami 12 Tahun Berturut-Turut"

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger