Seorang penjaga haiwan di sebuah zoo di Surabaya, Indonesia ditangkap kerana didakwa atas tuduhan menyerang beberapa haiwan secara seksual termasuk menyebabkan seekor orang utan bunting.

Memetik laporan Kalimantan Press, kejadian itu terbongkar selepas perlakuan penjaga berkenaan yang berusia dalam linkungan 38, berjaya dirakam.

Kakitangan keselamatan zoo memasang  kamera tersembunyi di kawasan 'sasaran'  selepas berasa sangsi terhadap kelakuan lelaki itu.

Kakitangan zoo, Akhiroel Yahya yang sudah bekerja di zoo itu selama 14 tahun, berkata: “Ada haiwan nampak terangsang secara seksual apabila tiba masa untuk memberi mereka makan.

“Tetapi, apa yang paling membuatkan kami mengesyaki sesuatu tidak kena ialah melihat orang utan tertua kami, Marylin, hamil sedangkan dia tidak pernah bercampur dengan orang utan lain disebabkan sifatnya yang agresif,” katanya.

Pengarah zoo, Abdoel Hakim yang marah dengan kejadian itu mengakui mengambil masa untuk mengenal pasti apa sebenarnya berlaku.

"Pada mulanya, kami  tidak memahami apa yang telah berlaku, Marilyn telah hidup terpencil sejak 10 tahun yang lalu.

"Apabila kami meletakkan beberapa kamera tersembunyi baru kami faham bahawa betapa dahsyatnya kebenaran itu," katanya.

Dalam pada itu, apabila berhadapan dengan pihak berkuasa tempatan, penjaga zoo  itu menafikan sebarang salah laku di pihaknya.

"Dia berkata, segala yang dilakukan adalah secara rela," jelas Ketua Polis Abubakar Jaar.

Sementara itu, lelaki itu menjelaskan kepada pemberita tempatan bahawa dia tidak tahu bahawa persetubuhan dengan haiwan boleh menyebabkan berlakunya kehamilan.

"Dia berkata dia tidak tahu orang utan boleh hamil apabila 'bersama'  manusia," katanya.

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang PENJAGA ZOO DI DAKWA MEROGOL ORANG UTAN SEHINGGA BUNTING. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger