Wajah unik seekor kucing yang mempunyai dua warna berbeza di mukanya seperti watak Two Face menjadikannya si kucing sensasi dan popular di internet.

Kucing yang diberi nama Venus mempunyai dua warna berbeza iaitu hitam di sebelah kanan dan oren di sebelah kiri mukanya.

Selain mempunyai muka dengan warna berbeza, kucing berkenaan turut mempunyai warna mata yang berbeza iaitu biru dan hijau.

Malah kucing ini sudah mempunyai 900,000 pengikut di laman Facebook dan berpuluh video di YouTube malah mempunyai laman web sendiri untuk menjual barangan jenamanya.

Venus turut muncul dalam majalah National Geographic dan beberapa program televisyen di Amerika Syarikat.

Sementara itu, menurut pemiliknya Christina dan Chris, kucing berkenaan dijumpai merayau-rayau di sebuah ladang di North Carolina pada tahun 2009 sebelum mengambil Venus kerana warnanya sama seperti dua kucing yang dipelihara mereka.

"Jiran pernah menyangka kami mewarnakan bulu kucing berkenaan, walaupun sebenarnya Venus dilahirkan dengan warna sedemikian," mereka dipetik sebagai berkata kepada DailyMail.

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang SI COMEL TERKENAL DI INTERNET KERANA BERWAJAH DUA WARNA. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger