IPOH: Seorang kanak-kanak berusia setahun sembilan bulan dilaporkan telah terperangkap di dalam kereta selepas ditinggalkan sementara oleh ibunya untuk menutup pintu pagar rumah kira-kira jam 6.14 petang semalam.

Memetik laporan Bernama, kejadian yang berlaku dirumah mereka di Taman Bemban Awam, Batu Gajah petang semalam menyebabkan kanak-kanak berkenaan Ahmad Furqan Mohd Azizul terperangkap hampir setengah jam sebelum pihak Bomba Dan Penyelamat Batu Gajah Sampai.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah Halid Md Zin berkata, anggotanya hanya mengambil masa seminit untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan dengan memecahkan cermin kereta.

Furqan itu ditinggalkan di dalam kereta sebenatar sementara ibunya mahu menutup pintu pagar rumah tetapi kanak-kanak berkenaan dipercayai telah tertekan kunci keselamatan yang ada di tempat suis kereta membuatkan kereta berkenaan terkunci dari dalam.

Halid berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.14 petang dan tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian sebelum anggotanya berjaya menyelamatkan kanak-kanak berkenaan dan diserahkan kepada ibunya. - Siakapkeli.my

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Lagi Kes Kanak-Kanak Terkunci Dalam Kereta, Kali Ini Di Batu Gajah. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger