Tahukah anda bahawa ada jalan untuk jimat minyak kereta tanpa kurangkan jarak dan kekerapan perjalanan anda sebagaimana biasa?

Semua orang yang ada kenderaan sendiri dah tahu yang harga minyak kereta naik. Tak ada pilihan yang lebih baik, selain dari berusaha cari jalan untuk jimat minyak kereta.

Sebagai rakyat biasa kita tak ada kuasa untuk ubah keputusan kerajaan yang berpendapat masanya telah tiba untuk naikkan harga minyak.

Sekarang harga Ron95 dan jadi RM2.10 seliter. Itu jenis minyak yang biasa kita guna sejak harga minyak asyik naik kebelakangan ini.

Apa yang kita boleh buat dalam menghadapi situasi ini adalah mengawal penggunaan petrol. Kita perlu jimat minyak kereta untuk jimatkan jumlah duit yang keluar dari poket.

Berikut 5 langkah mudah untuk jimat minyak kereta:

Buka boot kereta dan kosongkan – Ini langkah mula yang cukup mudah dan penting untuk kita laksanakan. Ada orang yang suka sumbat macam-macam benda ke dalam boot keretanya. Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk teruskan aktiviti tersebut. Untuk jimat minyak kereta, anda mesti kurangkan beban yang dibawa oleh kereta. Jika sukar untuk kurangkan berat badan sendiri, maka kurangkanlah berat bebanan barang yang dibawa oleh kereta anda. Kotak barang, set golf, besi buruk dan lain-lain sila humban keluar dengan segera.

Jangan isi minyak penuh – Ya! anda lancarkan perjalanan kereta jika isi minyak separuh sahaja dari ‘full tank’. Berat akan berkurangan sebanyak 0.7 kilo setiap satu liter yang anda kurangkan. Jika kita kurangkan 10 liter, bermakna berat kereta berkurangan sebanyak 7 kilo!. Kita boleh jimat minyak kereta bila bebanan berkurangan.

Masukkan angin ngam dengan tayar – Jangan biarkan walau sedikitpun tayar kempis untuk jimat minyak kereta. Tayar kempis membebankan enjin untuk tarik kereta berjalan. Baca panduan pada tayar atau pada spesifikasi kereta jumlah angin yang sesuai. Anda boleh lihat pada sticker dekat frame pintu kereta untuk ketahui had angin optimum.

Pergi servis kereta ikut jadual – Jangan lupa buat tuning kereta ke tahap optimum yang sesuai setiap kali servis. Lancarkan engin dengan tukar minyak enjin ikut jadual. Kelancaran enjin membuatkan pembakaran optimum dan sekali gus anda boleh jimat minyak kereta. Di samping itu minyak enjin yang sesuai juga penting untuk kelancarannya. Semak dengan pakar atau pembuat kereta anda.


Ubah cara memandu – Pastikan anda tak bawa laju dengan melihat rpm sentiasa di bawah 2500 rpm. Pakai gear tinggi dengan segera, tukar gear sebelum 1500 rpm. Gear tinggi menjimatkan minyak. Bila berhenti pula jangan mengejut. Selangkah demi selangkah adalah lebih baik. Ini bermakna jangan tekan minyak untuk laju bila nampak lampu orange dan terpaksa brake mengejut sebab tak lepas. Jangan main brake tanpa sebab, ini membebankan kereta, oleh itu berhati-hati dan peka banyak membantu.

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Langkah-Langkah Jimat Minyak Kereta. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger