KUANTAN - Seorang lelaki warga Myanmar 28 tahun ditemui mati lepas selepas dia dipercayai terjatuh ke celah batu di Teluk Chempedak ketika berselfie bersama rakan-rakan yang lain.

Lelaki terbabit yang bekerja di sebuah pasar raya dikatakan menghabiskan masa cuti hujung minggunya dan mengambil peluang berselfie di pusat peranginan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, mangsa dikatakan memanjat batu tersebut untuk merakam gambar dalam kejadian kira-kira 4.30 petang.

Bagaimanapun, mangsa tergelincir kerana keadaan batu licin dan terjatuh. Kesemua rakannya panik dan tidak sempat menyelamatkan mangsa,” katanya sebagaimana laporSinar Online.

Mayat mangsa ditemui oleh JPAM selepas beberapa rakannya mendapatkan bantuan anggota yang bertugas di pantai berkenaan.

Mayat dibawa Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat dijalankan dan polis juga mengesahkan kejadian itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah,” katanya. -Siakapkeli.my

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Maut Gara-Gara Terjatuh Ketika Berselfie. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger