Tahniah kami ucapkan kepada Stacy AF dan juga bakal suaminya yang tercinta, Akim Ahmad yang bakal melangsungkan majlis pernikahan pada 5 Februari ini (Jumaat) pada sebelah pagi di Kota Kinabalu. 

Bercakap kepada Harian Metro, Stacy memberitahu bahawa majlis itu akan diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di bandar raya itu pada jam 10 pagi membabitkan kedua belah keluarga. 


“Doakan segalanya berjalan lancar,” katanya yang menjelaskan bahawa majlis pernikahan mereka akan diadakan secara sederhana membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak saja. Sementara itu, majlis persandingan mereka akan diadakan pada sebelah malam di lokasi sama. 

Majlis bersanding di sebelah keluarga lelaki akan diadakan pada 26 Februari ini di Johor Bahru yang turut menjemput peminat. Semoga segala persiapan pasangan ini akan berjalan dengan lancar hendaknya. 

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Akim Dan Stacy Nikah Jumaat Ini. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger