Mesti anda tertanya-tanya dan berfikir bagaimana cara buat blog untuk mempromosikan perniagaan atau profesion anda? Atau pun diari kehidupan anda. Anda boleh memilih untuk membina blog dengan percuma sama ada dalam Blogger atau WordPress.

Dalam entri ini saya hanya kongsikan tentang Blogger saja, kerana saya pun seorang dari Blogger bukannya WordPress atau pun Webs.com.

Coming up dengan konsep blogging 

1 : Tanya diri anda konsep apa yang hendak dibuat

Jika anda ingin menulis, perlu memastikan blog anda segar dengan maklumat yang baru atau mencerminkan pengalaman harian anda. Cuba-cuba beberapa idea yang kreatif contohnya :

● Politik - Pandangan anda terhadap isu semasa politik perlu kreatif dari pendengar yang lain.
● Gaming - Pasal ni confirm laku kerana masa kini ramai yang gaming game, so anda perlu nyatakan game yang terkini atau pun trick/cheat game.
● Food - Dalam ni anda boleh kongsikan resepi masakan atau pun menulis ulasan tentang masakan tempatan dan luat negara.
● Kereta - Boleh kongsikan gambar model kereta yang terkini atau juga laporan dari car shows.

2 : Mengintip pesaing anda 

Cuba lihat di blog lain mengenai topik anda untuk mengetahui apa yang orang lain telah lakukan. Tanya diri anda, adakah anda lebih hebat daripada mereka atau pun perlu menambahbaikan artikel anda.

3. Menjana beberapa nama untuk blog anda 

Cuba saran sumbang senarai nama dan menuliskannya pada sehelai kertas atau bercakap dengan rakan-rakan anda dan keluarga untuk mendapatkan idea.

4. Membuat keputusan di mana untuk membuat blog sama ada blogger atau WordPress

● Blogger : Jika anda guna blogger lebih mudah kerana senang di set up dan anda akan mempunyai alat pengurusan lalulintas Google.
● WordPress : Dengan WordPress anda akan mengambil lebih banyak masa. Walaubagaimanapun, anda akan mendapati WordPress mempunyai peralatan lebih canggih untuk mempromosikan blog anda.

Memulakan blog dalam Blogger.com 

1. Navigasi ke Blogger 



Jika anda mempunyai akaun Google, kemudian masuk. Jika anda tidak mempunyai akaun google, klik pada "Daftar" butang dan mendaftar untuk akaun google.

2. Klik "New Blog" butang 

3. Isikan nama blog anda dan alamat blog yang anda inginkan 

- Anda boleh memilih template daripada option pada skrin atau pun boleh cari template seo di internet.
- Klik pada "create blog" butang

4. Pilih "start blogging" link 

5. Masukkan tajuk dan teks anda 

Selepas selesai tulis artikel, anda perlu klik "publish".

Mudahkan saja jika anda ingin menjadi seorang blogger yang berjaya seperti HasrulHassan, Denaihati dan banyak lagi. Anda hanya perlu ikut step-step yang saya sediakan kepada anda.Good luck for ur future.

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Bagaimana Cara buat Blog dengan blogger. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger