Gelaran atau jolokan pasukan bola sepak kebangsaan kini ditukar nama daripada Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia. 

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini, sebentar tadi. Katanya, keputusan itu dibuat bagi memberi nafas baharu kepada skuad kebangsaan selain sebagai kesinambungan secara menyeluruh. 

"Perkataan Malaya tidak menyeluruh. Saya harap Datuk Ong Kim Swee (pengendali pasukan kebangsaan) dapat bawa pasukan ke tahap maksimum," katanya pada majlis pengenalan penaja pasukan kebangsaan 2016. 

Tengku Abdullah turut mengumumkan FAM kini mengadakan peraduan bagi mencipta logo baharu skuad Harimau Malaysia.

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Harimau Malaya telah ditukar kepada Harimau Malaysia. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger