Gambar Hiasan

Tahukah anda?Bandaraya yang terdapat di dunia ini kesemuanya maju dan pesat dengan penduduk.Tidak dinafikan New York City merupakan bandaraya yang sangat moden dan maju dengan teknologi yang mereka miliki sehingga terdapat banyak bangunan pencakar langit yang berada di situ.Berikut antara 10 bandaraya paling maju dan sibuk di dunia:

1)New York City,Amerika Syarikat



New York merupakan bandaraya yang paling ramai penduduk di Amerika Syarikat dan juga kawasan metropolitan New York,salah sebuah kawasan metropolitan yang teramai penduduknya di dunia.Sebagai sebuah bandar raya global utama,New York memancarkan sebagai perdagangan,kewangan,media,kebudayaan,kesenian,fesyen,pendidikan,penyelidikan dan hiburan sedunia.Sebanyak 800 bahasa dipertuturkan di bandaraya New York menjadikannya bandaraya yang paling pelbagai bahasanya di dunia.Pelancongan merupakan salah satu industri terpenting di bandaraya New York.Antara destinasi utama pelancong di sini termasuk Bangunan Empire State,Patung Liberty,Times Square dan lain-lain lagi.Antara sukan kegemaran ramai warga kota New York ialah besbol,bola sepak Amerika,hoki ais dan bola keranjang.Latar langit Manhattan cukup terkenal kerana diisi berbilang pencakar langit,termasuklah antara bangunan-bangunan yang tertinggi di dunia.Pada Ogos 2008,Bandaraya New York mempunyai 5,538 buah bangunan bertingkat tinggi,termasuk 50 pencakar langit siap dibina yang melampaui paras 200 meter.Justeru itu,New York menjadi bandaraya yang paling banyak pencakar langitnya di Amerika Syarikat dan kedua terbanyak di dunia dibelakang Hong Kong.

2)London,United Kingdom



London ialah ibu kota England dan United Kingdom yang merupakan kawasan metropolitan yang terbesar di United Kingdom.London yang terletak dekat Sungai Thames menjadi sebuah petempatan utama selama lebih dua ribu tahun dengan sejarahnya yang bermula dengan penubuhannya oleh kerajaan Rom yang memanggilnya Londinium.London ialah sebuah bandaraya global peneraju yang cemerlang dalam bidang seni,pendidikan,perdagangan,hiburan,kewangan,fesyen,kesihatan,media,khidmat profesional,penyelidikan dan pembangunan,pengangkutan dan pelancongan.Ia merupakan salah sebuah pusat kewangan terbesar di dunia.London didiami oleh penduduk-penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum,kebudayaan dan agama serta bertutur dalam lebih 300 bahasa.Di London terdapat empat Tapak Warisan Dunia iaitu Menara London;Kew Gardens;tapak yang merangkumi Istana Westminster,Westminstrer Abbey dan Gereja St Mangaret serta petempatan bersejarah Greenwich.Antara mercu-mercu tanda yang lain terdapat di London ialah Istana Buckingham,London Eye,Piccadilly Circus,Jambatan Tower,Dataran Trafalgar dan Stadium Wembley.

3)Shanghai,China



Shanghai merupakan bandaraya terbesar di China yang terletak di tebing Delta Sungai Yangtze di China Timur.Dianggap secara meluas sebagai kubu kota ekonomi moden China,bandaraya ini juga bertindak sebagai salah satu pusat kebudayaan,perdagangan,perindustrian,kewangan dan komunikasi yang terpenting di China.Pelabuhan Shanghai juga merupakan salah satu pelabuhan yang paling sibuk di dunia.Shanghai popular sebagai destinasi pelancongan kerana terdapat destinasi pelancongan yang menarik seperti The Bund,City God Temple dan Yu Garden.

4)Tokyo,Jepun



Tokyo secara rasminya Metropolis Tokyo ialah salah satu daripada 47 wilayah di Jepun.Tokyo dianggap sebagai ibu negara dan bandaraya terbesar di Jepun.Wilayah ini merupakan pusat Tokyo Raya iaitu kawasan metropolitan yang teramai penduduk di dunia.Tokyo merupakan sebuah pusat kewangan antarabangsa utama,menempatkan beberapa ibu pejabat terbesar dunia syarikat-syarikat bank pelaburan dan insurans serta berfungsi sebagai satu hab untuk industri-industri pengangkutan,penerbitan dan penyiaran Jepun.Tokyo dianggap sebagai bandaraya yang cantik dan maju kerana terdapat banyak kelengkapan teknologi yang ada di sini.Pada wakyu malam,bandaraya Tokyo dilihat seakan-akan macam bandaraya New York City di Amerika Syarikat.

5)Seoul,Korea Selatan



Seoul merupakan ibu negara dan bandar raya terbesar Korea Selatan.Di kawasan ibu negara Seoul letaknya empat Tapak Warisan Dunia UNESCO:Changdeokgung,Kubu Hwaseong,Kuil Jongmyo dan Kuburan Diraja Wangsa Joseon.Kini,Seoul dianggap sebagai sebuah bandar raya global peneraju yang dinilai dikalangan sepuluh bandar raya global terunggul di Indeks Bandar Raya Global 2010.Ia merupakan salah sebuah pusat kewangan dan perdagangan terunggul di dunia dan pangkalan bagi berbilang syarikat teknologi seperti Samsung,LG,SK dan Hyundai-Kia.Seoul menikmati prasarana yang amat canggih dari segi teknologi.Digital Media City di Seoul merupakan kompleks pertama di dunia untuk pembuatan aplikasi IT dan multimedia.Seoul menjadi bandaraya pertama yang menggunakan DMB,sejenis teknologi  televisyen mudah alih digital,dan WiBro,sejenis perkhidmatan internet mudah alih tanpa wayar berkelajuan tinggi.Seoul merupakan bandaraya yang paling terpantas internet di dunia dengan kelajuan melebihi 1 Gbps.Seoul juga pernah menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik Musim Panas 1988,Sukan Asia 1986 dan Kejohanan Piala Dunia 2002.Taekwondo ialah sukan kebangsaan Korea dan di Seoul terletaknya markas Taekwondo sedunia iaitu Kukkiwon dan juga ibu pejabat Persekutuan Taekwondo Sedunia.

6)Moscow,Rusia



Moscow merupakan ibu negara Rusia serta pusat politik,ekonomi,kewangan,pendidikan dan pengangkutan terutamanya.Moscow masih merupakan pusat ekonomi yang terutama dan sentiasa dianggap sebagai salah satu bandaraya yang termahal di dunia.Menurut kajian Forbes 2013,Moscow merupakan komuniti yang mempunyai paling ramai billionaire di dunia.Bandaraya ini juga terdapat perkilangan yang membuat senjata api dan pesawat udara seperti mikoyan,sukhoi dan lain-lain lagi.Moscow dianggap sebagai bandaraya sains di dunia.Di Moscow juga,terdapat banyak bangunan yang menarik yang patut dilawati kepada sesiapa yang mengunjungi di sini.

7)Paris,Perancis

Paris montage. Clicking on an image in the picture causes the browser to load the appropriate article.

Paris adalah ibu negara Perancis dan mempunyai jumlah penduduk yang paling banyak di Perancis.Bandar Paris terletak di Sungai Seine,di utara Perancis dan juga negeri lle-de-France.Paris adalah kawasan bandar yang mempunyai penduduk paling tinggi dalam Kesatuan Eropah dan metropolitan kedua terbesar di Eropah iaitu sama dengan penduduk London dan hampir menyamai penduduk Moscow.Paris hari ini menjadi salah satu pusat  bisnes dan budaya terdepan di dunia serta campuran politik,hiburan,pendidikan,media,fesyen,seni dan sains semuanya membantu statusnya sebagai salah satu kota global terbesar di dunia.Paris dikenali dengan gelaran la Ville Lumiere(Bandar Berlampu atau Bandar Bercahaya) dan adalah destinasi pelancong utama di dunia.Paris terkenal sebagai destinasi pelancongan kerana terdapat Eiffel Tower,Arc de Triomphe dan banyak yang lagi.Paris juga terkenal sebagai kota berfesyen.Paris merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk berbulan madu kerana terdapat banyak destinasi yang menarik yang ada di sini.

8)Amsterdam,Belanda



Amsterdam adalah ibu negara Belanda dan kota terbesar sekaligus ibu kota Belanda.Kota ini adalah ibu kota kewanangan dan budaya Belanda.Banyak perusahaan besar Belanda memiliki pusat di sana dan 7 dari 500 perusahaan teratas dunia termasuk Philips,Heineken International,Delta Lloyd Group dan ING berpusat di kota ini.Bursa saham Amsterdam merupakan bursa saham tertua di dunia yang terletak di kota ini.Tarikan utama di Amsterdam ialah historic canals,Rikjsmuseum,Van Gogh Muzium,Hermitage Amsterdam,Anne Frank House,Amsterdam Muzium dan red-light district dan kedai kopi kanabis.

9)Rom,Itali



Rom merupakan ibu negara Itali dan bandar raya terbesar dan paling ramai penduduk negara itu.Bandar ini terletak di bahagian barat-tengah Semenanjung Itali di sungai Tiber.Rom juga sering dikaitkan dengan Gereja Roman Katolik.Rom adalah destinasi pelancong ketiga paling dilawati dalam Kesatuan Eropah dan pusat sejarah disenaraikan UNESCO sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia.Monumen dan muzium seperti Muzium Vatican dan Colloseum antara destinasi yang paling banyak dilawati oleh para pengunjung.Bandaraya ini dianggap bandar yang cantik kerana sarat dengan sejarah lampau di Rom.Penduduk Itali lebih gemar bermain sukan seperti bola sepak dan rugbi.

10)Kuala Lumpur,Malaysia



Walaupun negara Malaysia adalah kecil yang terletak di Asia Tenggara.Namun bandaraya Kuala Lumpur menjadi kemegahan kepada negara Malaysia kerana ia merupakan ibu negara dan bandar terbesar di Malaysia.Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.Kuala Lumpur ditarafkan sebagai bandaraya dunia alfa dan satu-satunya bandar raya global di Malaysia menurut Globalization and World Cities Study Group and Network(GaWC).Bandaraya ini masih merupakan pusat ekonomi dan perniagaan negara,tidak lupa juga pusat kewangan,insurans,hartanah,media dan kesenian Malaysia.Pembangunan prasarana di kawasan-kawasan sekeliling seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang,pembinaan Koridor Raya Multimedia dan perluasan Pelabuhan Klang mengukuhkan lagi kepentingan ekonomi bandaraya ini.Bandaraya ini juga pernah menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.Antara destinasi pelancongan utama di Kuala Lumpur termasuk Dataran Merdeka,Parlimen Malaysia,Istana Budaya,Menara Kuala Lumpur,Muzium Negara,Pusat Dagangan Dunia Putra,Tugu Negara dan tempat-tempat ibadah seperti Masjid Jamek,Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan,ditambah pula dengan Aquaria KLCC,Batu Caves,Zoo Negara,Pusat Sains Negara dan banyak lagi.Kuala Lumpur juga salah sebuah tuan rumah Kejohanan Dunia Formula One tahunan dan Grand Prix(moto GP).Bandar raya ini juga mempunyai salah satu bangunan tertinggi di dunia iaitu Menara Berkembar Petronas(KLCC) dan Menara Kuala Lumpur.

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Senarai Bandaraya Paling Maju dan Sibuk Di Dunia. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger