Tahukah anda?Kebanyakkan haiwan yang besar atau ganas dianggapkan sebagai haiwan yang berbahaya dan memberi ancaman kepada manusia,tetapi haiwan yang kecil seperti nyamuk juga boleh dianggap sebagai haiwan pembunuh kepada manusia.Di samping itu,spesies haiwan yang dianggap jinak juga merupakan ancaman kepada manusia.Berikut 10 haiwan paling berbahaya di dunia kepada manusia:

1)Gajah Afrika



Gajah Afrika merupakan mamalia daratan yang terbesar di dunia.Di negara India,mereka beranggapan bahawa gajah merupakan haiwan yang suci seperti contohnya mereka menjadikan gajah sebagai pengangkutan dan juga majlis tertentu.Namun disebalik itu,jika gajah jantan naik minyak,ia merupakan suatu ancaman yang paling bahaya kepada manusia kerana ia mampu membunuh manusia di mana sahaja.Di Malaysia juga,gajah selalu dikaitkan iaitu merosakkan dan memusnahkan hasil tanaman dan rumah-rumah kebun.Oleh itu,gajah dianggap sebagai binatang indeks berbahaya di dunia kerana dianggarkan sekitar 500 orang meninggal dunia kerana gajah pada setiap tahun.

2)Harimau bintang



Harimau bintang dianggap haiwan yang indeks paling bahaya di dunia selepas gajah.Haiwan ini merupakan habitat yang tinggal di Afrika dan juga di Asia.Harimau bintang sangat aktif pada waktu malam dan ia juga boleh memanjat pokok dengan sangat baik dan banyak masanya tinggal di atas pokok.Haiwan ini dianggap sebagai ancaman berbahaya kepada manusia kerana ia pernah menyerang manusia dengan memasuki rumah di kebun terutamanya  kes ini banyak berlaku di India.Dianggarkan sejumlah 100 manusia diserang dengan bintang buas itu per tahun.

3)Badak air



Walaupun kita beranggapan badak air haiwan yang pendiam namun ia merupakan haiwan yang berbahaya kepada manusia kerana ia memiliki gigi yang sangat tajam dan besar.Haiwan ini juga pernah menyerang manusia di dalam air dengan membaham mangsa tersebut.Haiwan ini biasanya menghabiskan masanya selama 18 jam di dalam air dan kira-kira hanya 6 atau 8 jam berada di daratan.Haiwan ini juga gemar berkubang di dalam air lumpur.Haiwan ini dianggap bahaya kerana kelajuannya lebih laju daripada atlet 100 meter dunia.

4)Kerbau Afrika



Kerbau Afrika merupakan haiwan yang sangat agresif dan dianggap sebagai ancaman kepada manusia kerana disebabkan sifatnya yang sukar dijangka.Haiwan ini memiliki berat badan dianggarkan seberat 1 tan bersamaan 1000kg.Haiwan yang liar seperti harimau dan singa juga terbunuh akibat diserang balas oleh kerbau Afrika itu.Spesies ini dianggarkan membunuh lebih 200 orang per tahun.

5)Nyamuk



Walaupun nyamuk adalah serangga yang bertubuh kecil tetapi ia mampu membunuh manusia.Serangga penghisap darah ini mampu menggigit manusia sehingga boleh dijangkiti denggi.Nyamuk juga dapat menyebarkan pelbagai macam penyakit seperti penyakit malaria.Walaupun haiwan ini kecil,tetapi ia mampu membunuh manusia dan ia merupakan haiwan yang patut digeruni dan dihindari.

6)Ikan Yu putih



Tengok haiwan ini sahaja pun cukup menggerunkan dan merisaukan bagi setiap manusia.Yu putih merupakan haiwan laut yang memiliki rata-rata panjang 4 atau 5 meter deretan 300 gigi tajam di dalam rahangnya.Biasanya,haiwan ini akan menyerang manusia jika nyawa mereka terasa terancam.Haiwan ini boleh membunuh 100 orang per tahun.

7)Beruang Grizzly



Beruang grizzly biasanya berwarna coklat dan merupakan salah satu jenis beruang.Haiwan ini hidup di wilayah timur Eurasia dan Amerika Utara.Berat badan beruang ini biasanya seberat 200 hingga 400kg.Ketika haiwan ini berdiri,ketinggian beruang ini mencapai sehingga 8 meter.Haiwan ini biasanya menyerang manusia ketika ia kelaparan dan sakit.

8)Ular tedung(king cobra)



Ular tedung ialah spesies ular yang paling bahaya dan berbisa di dunia dan merupakan haiwan yang memberi ancaman kepada manusia.Ia biasanya tinggal di kawasan tropika dan bergurun di Asia dan Afrika.Ular tedung merupakan simbol Hindu yang penting.Racunnya dapat menyebabkan orang mati kehabisan darah.

9)Singa Afrika



Singa Afrika merupakan mamalia karnivor yang sangat bahaya kerana ia memiliki kecekapan yang luar biasa,kuku yang tajam dan gigi taringnya yang sangat tajam.Haiwan ini biasanya berada dalam kelompok.Singa lazimnya menghuni di savana dan di padang rumput terutamanya tinggal di Afrika.Singa Afrika menyebabkan sekitar ratusan orang terbunuh dalam setahun akibat diserang haiwan liar itu.

10)Buaya



Buaya adalah haiwan reptilia bertubuh besar yang hidup di dalam air.Ratusan nyawa terbunuh akibat diserang oleh buaya ketika di dalam air.Buaya mempunyai deria yang sangat tajam dan pantas membuat serangan.Buaya biasanya dapat membunuh 800 orang per tahun.

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Senarai Haiwan Yang Paling Berbahaya Di Dunia Bagi Manusia. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger