Orang tertanya-tanya yang mana helikopter tempur yang terbaik dan tercanggih pada saat ini.Berikut 10 helikopter tempur terbaik berdasarkan penilaian gabungan dari aspek daya tembakan,perlindungan,avionik dan didasarkan pula pada spesifikasi perbandingan dan data yang tersedia.


Berdasarkan penilaian itu,terdapat 10 helikopter tempur terbaik di dunia:

1.Boeing AH-64D Longbow Apache(Amerika Syarikat)



Boeing AH-64D Longbow Apache merupakan sebuah helikopter tempur yang sangat hebat pada masa kini yang dioperasi oleh Tentera Amerika Syarikat.Tentera Amerika Syarikat merancang untuk menambahbaikan dari versi helikopter AH-64A.AH-64D mempunyai pengukuhan seperti ketetapan target,pengurusan pertempuran,kokpit,komunikasi,persenjataan dan sistem navigasi.Ia mula masuk perkhidmatan pada tahun 1995 dan turut digunakan oleh Israel,Netherlands dan United Kingdom untuk melakukan penerbangan di udara.AH-64E Apache Guardian merupakan versi terkini daripada Apache.

SPESIFIKASI (AH-64D):



-CIRI-CIRI UTAMA:

*KREW: 2(Juruterbang dan pembantu juruterbang)
*PANJANG: 17.73 meter
*TINGGI: 3.87 meter
*BERAT KOSONG: 5,165 kg
*BERAT ISI: 8,000 kg

-PRESTASI:

*KELAJUAN MAKSIMUM: 265 km/h
*JARAK: 407 km

2.Kamov Ka-52 Hokum-B(Rusia)



Kamov Ka-52 "Alligator" sebuah helikopter tempur Rusia yang mempunyai dua tempat duduk versi daripada pengubahsuaian ke atas rekabentuk asas helikopter Ka-50.Ia boleh berperanan sebagai helikopter tempur yang sesuai untuk beroperasi pada waktu siang dan malam.Ia mula dibangunkan pada 1994 dan mula melakukan penerbangan pertama pada 1997.Ka-52 ditempah oleh Rusia dan hanya sejumlah kecil sahaja yang masuk beroperasi pada tahun 2008 selepas kejatuhan Kesatuan Soviet yang ingin keluar secara skala yang besar.Hanya 30 buah Ka-52 yang dirancang untuk dibeli pada tahun 2012.Namun,helikopter buatan Rusia mungkin tidak setanding lagi dengan helikopter Apache dari Amerika Syarikat.

SPESIFIKASI (Ka-52):

Kamov Ka-50 Hokum graphic.gif

-CIRI-CIRI UTAMA:

*KREW: 1(Ka-50) dan 2(Ka-52)
*PANJANG: 16.0 meter
*TINGGI: 4.93 meter
*BERAT KOSONG: 7,700 kg
*BERAT ISI: 9,800 kg

-PRESTASI:

*KELAJUAN MAKSIMUM: 315 km/h
*JARAK: 545 km

3.Bell AH-1Z Viper(Amerika Syarikat)



Bell AH-1Z Viper merupakan sebuah helikopter tempur enjin berkembar yang berasaskan model AH-1W SuperCobra.Ia dibangunkan untuk Kor Marin Amerika Syarikat.AH-1Z memiliki ciri-ciri seperti empat bilah rotor utama,tidak mempunyai galas,sistem rotor utama dibuat dari bahan komposit,transmisi berkelajuan tinggi dan sistem pembidik sasaran baru.Helikopter AH-1Z merupakan sebahagian daripada program tingkat upaya H-1.Ia juga boleh dianggap hebat pada masa sekarang.

SPESIFIKASI (AH-1Z):


AH-1Z Line Drawing.svg

-CIRI-CIRI UTAMA:

*KREW: 2(juruterbang dan pembantu juruterbang/gunner)
*PANJANG: 17.8 meter
*TINGGI: 4.37 meter
*BERAT KOSONG: 5,580 kg
*BERAT ISI: -

-PRESTASI:

*KELAJUAN MAKSIMUM: 337 km/h
*JARAK: 425 km

4.Boeing AH-64A Apache(Amerika Syarikat)

AH-64D Apache Longbow.jpg

Boeing AH-64A Apache adalah merupakan sebuah helikopter tempur tentera enjin berkembar yang sesuai bagi keadaan semua cuaca.Ia dikendalikan oleh dua orang krew dan persenjataan utamanya merupakan sebuah meriam rantai M230 30mm yang terletak di bawah muncungnya.Helikopter ini juga membawa gabungan persenjataan yang lain seperti AGM-114 Helfire dan pod roket Hydra 70 di empat tenggekan pada pilon pangkal sayap.AH-64 Apache merupakan helikopter penyerang utama bagi Tentera Amerika Syarikat untuk menggantikan kepada helikopter tempur AH-1 Cobra.Pembangunan ke atas helikopter ini kemudian telah menghasilkan helikopter AH-64D Apache Longbow yang mana kini dikeluarkan oleh Boieng Integrated Defense Systems.Helikopter ini juga banyak digunakan oleh negara lain sebagai helikopter tempur utama seperti Japan,Greece,Israel,Netherlands dan Singapura.Helikopter-helikopter AH-64 milik Tentera Darat A.S ini pernah terlibat dalam operasi-operasi di Panama,Perang Teluk,Afghanistan dan Iraq.

SPESIFIKASI (AH-64A/D):


McDONNELL DOUGLAS AH-64 APACHE.png

-CIRI-CIRI UTAMA:

*KREW: 2(juruterbang dan pembantu juruterbang)
*PANJANG: 17.73 meter
*TINGGI: 3.87 meter
*BERAT KOSONG: 5,165 kg
*BERAT ISI: 8,000 kg

-PRESTASI:

*KELAJUAN MAKSIMUM: 293 km/h
*JARAK: 476 km

5.Eurocopter Tiger(Perancis/Jerman)



Eurocopter Tiger adalah sebuah helikopter tempur yang dibuat oleh Eurocopter.Di Jerman ia dikenali sebagai Tiger,manakala di Perancis dan Sepanyol ia dikenali sebagai Tigre.Pada awalnya,helikopter Eurocopter Tiger EC-665 dikembangkan dan dibuat untuk Angkatan Darat Jerman dan Angkatan Darat Perancis.Helikopter ini diproduksi dalam 3 konfigurasi,versi multi-perang dokongan serangan(UHT) untuk Angkatan Darat Jerman,multi-perang tempur(HAD) dan multi-perang dukungan tempur(HAP) untuk Angkatan Darat Perancis.Tiger pernah digunakan untuk peperangan di Afghanistan,Mali dan Libya.Setakat ini hanya 4 negara sahaja yang menggunakan helikopter Tiger ini seperti Perancis,Jerman,Australia dan Sepanyol.

SPESIFIKASI (TIGER HAP):



-CIRI-CIRI UTAMA:

*KREW: 2(juruterbang dan pegawai sistem senjata)
*PANJANG: 14.08 meter
*TINGGI: 3.83 meter
*BERAT KOSONG: 3,060 kg
*BERAT ISI: -

-PRESTASI:

*KELAJUAN MAKSIMUM: 269 km/h
*JARAK: 800 km

6.Kamov Ka-50 Hokum(Rusia)

Russian Air Force Kamov Ka-50.jpg

Kamov Ka-50 "Black Shark" merupakan helikopter tempur Rusia yang memilki satu tempat duduk dengan sistem rotor sepaksi yang berbeza.Ia telah direkabentuk pada tahun 1980-an dan akan digunakan oleh Tentera Darat Rusia pada 1995.Pada masa sekarang,helikopter ini dikeluarkan oleh syarikat Progress,sebuah anak syarikat Arsenyev.Ka-50 direka sebagai sebuah helikopter kecil,laju dan lincah bagi mempertingkatkan kebolehan untuk bertempur.

SPESIFIKASI (kA-50):


Kamov Ka-50 Hokum graphic.gif

-CIRI-CIRI UTAMA:

*KREW: 1
*PANJANG: 16.0 meter
*TINGGI: 4.93 meter
*BERAT KOSONG: 7,700 kg
*BERAT ISI: 9,800 kg

-PRESTASI:

*KELAJUAN MAKSIMUM: 315 km/h
*JARAK: 545 km

7.Augusta A-129 Mangusta(Itali)

AgustaA129 03.jpg

Agusta A-129 Mangusta merupakan sebuah helikopter tempur yang direka dan dikeluarkan oleh Agusta dari Itali.Ia merupakan helikopter penyerang pertama yang keseluruhan direka dan dikeluarkan oleh Eropah Barat.Sebenarnya,A-129 Mangusta dibangunkan untuk berperanan sebagai sebuah helikopter anti-kereta kebal untuk Tentera Darat Itali.Proses rekabentuknya bermula pada 1978, dan prototaip pertama telah membuat penerbangan sulung pada 15 September 1983.Helikopter ini juga boleh digunakan dalam misi-misi anti-kereta kebal,pengawasan bersenjata,serangan darat,mengiring dan sokongan tembakan dan anti-pesawat.A-129 juga dipasangkan dengan sistem-sistem navigasi dana penglihatan malam kendiri bagi memberi keupayaan tempur dalam semua keadaan cuaca sama ada pada waktu siang dan malam.Kini,Tentera Itali memiliki 60 buah helikopter A-129 Mangusta ini.

SPESIFIKASI (A-129):


Mangusta-A129-schema.png

-CIRI-CIRI UTAMA:

*KREW: 2(juruterbang dan pegawai sistem senjata)
*PANJANG: 12.28 meter
*TINGGI: 3.35 meter
*BERAT KOSONG: 2,530 kg
*BERAT ISI: -

-PRESTASI:

*KELAJUAN MAKSIMUM: 278 km/h
*JARAK: 510 km

8.Mil Mi-28 Havoc(Rusia)



Mil Mi-28 "Havoc" merupakan sebuah helikopter tempur buatan Rusia.Helikopter ini juga boleh digunakan dalam semua keadaan cuaca sama ada siang mahupun malam.Ia mempunyai kokpit bagi dua orang krew dalam kedudukan sebaris dan berperanan sebagai helikopter anti-armor.Peranannya sebagai helikopter anti-kereta kebal adalah sangat berkesan berbanding Mil Mi-24.

SPESIFIKASI (Mi-28N):


Mi-28-Havoc-schema.png

-CIRI-CIRI UTAMA:

*KREW: 1 juruterbang(belakang) dan 1 jurunavigasi/operator senjata(depan)
*PANJANG: 17.91 meter
*TINGGI: 3.82 meter
*BERAT KOSONG: 7,890 kg
*BERAT ISI: 10,500 kg

-PRESTASI:

*KELAJUAN MAKSIMUM: 324 km/h
*JARAK: 435 km

9.Denel AH-2 Rooivalk(Afrika Selatan)



Denel Rooivalk dahulunya didesignasikan sebagai AH-2 dan CSH-2 merupakan sebuah helikopter tempur yang dikeluarkan oleh Denel dari Afrika Selatan.Perkataan Rooivalk berasal dari Afrika yang bermaksud "Helang Kecil Merah".Tentera Udara Afrika Selatan telah memesan 12 buah helikopter Rooivalk yang mana telah memasuki perkhidmatan bermula pada Julai 1999.AH-2 Rooivalk juga berperanan dalam misi-misi seperti pengawasan,pengiring udara helikopter,sokongan udara dekat dan anti-kereta kebal.Berdasarkan pengalaman berpuluh tahun Tentera Udara Afrika Selatan dalam mengendalikan helikopter di persekitaran kasar Afrika,Rooivalk telah direka untuk beroperasi dalam jangka masa yang lama tanpa sokongan canggih.

SPESIFIKASI:



-CIRI-CIRI UTAMA:

*KREW: 2(juruterbang dan pegawai sistem senjata)
*PANJANG: 18.73 meter
*TINGGI: 5.19 meter 
*BERAT KOSONG: 5,730 kg
*BERAT ISI: 7,500 kg

-PRESTASI:

*KELAJUAN MAKSIMUM: 309 km/h
*JARAK: 940 km

10.Z-10(China)

Changhe Z-10.jpg

Z-10 merupakan sebuah helikopter tempur yang dibangunkan oleh Republik Rakyat China.Rekabentuknya juga mendapat bantuan pembantu teknikal dari Eurocopter dan Augusta.Walaupun peranan utamanya adalah untuk melaksanakan misi anti-kereta kebal,ia juga memiliki keupayaan pertempuran di udara.Pesawat ini direka dan dibina oleh Changhe Aircraft Industries Corporation(CAIC).Sangat sedikit yang diketahui berkenaan sejarah pembangunan WZ-10,di mana projek ini telah dirahsiakan dengan ketat.Helikopter ini akan mula memasuki perkhidmatan pada tahun 2008.Terdapat kemungkinan helikopter ini juga boleh membawa peluru berpandu baru iaitu HJ-10.Ini akan meningkatkan keupayaannya anti-kereta kebal disebabkan HJ-10 dipercayai adalah setanding dengan peluru berpandu Helfire Amerika Syarikat.Setakat kini,hanya lebih 74 buah helikopter ini yang telah diorder oleh Republik Rakyat China.

SPESIFIKASI:

-CIRI-CIRI UTAMA:

*KREW: 2
*PANJANG: 14.15 meter
*TINGGI: 3.85 meter
*BERAT KOSONG: 5,540 kg
*BERAT ISI: 7,000 kg

-PRESTASI:

*KELAJUAN MAKSIMUM: 300 km/h
*JARAK: 800 km

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Senarai Helikopter Tempur Tercanggih dan Terbaik Di Dunia. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

3 Komentar untuk "Senarai Helikopter Tempur Tercanggih dan Terbaik Di Dunia"

  1. Good....lain kali tulis sumber nama saya...xpa sy bgi..rajin2 kunjung blog saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. lupa nk letak. sy dh letak blog kamu dlm my blog list

      Delete
    2. Sujud syukur saya ucapkan kepada ALLAH SWT dan saya sekeluarga sangat berterima kasih banyak kepada KI WARA atas bantuannya saya bisa mendapatkan dana ghoib dan alhamdulillah BENAR2 berhasil karna sekarang ini kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya dan semua utang2 saya sudah pada lunas semua,,!!! jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi KI WARA 085242894584 ini lah kisah nyata dari saya…beliau juga memberikan pesugihan,jual tujul,uang ghaib,bulu perindu.ATAU BUKA BLOK KI WARA

      Delete

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger