Aplikasi atau popular dipanggil ‘Apps’, memberi kelainan dalam setiap fungsi telefon kita. Ada antaranya bercirikan peta, tempat makan, portal berita dan sebagainya. Sebagai generasi yang celik IT tidak keterlaluan jika penulis katakan kita bergantung kepada teknologi, aplikasi antara perisian perlu ada bagi melengkapkan telefon pintar.

Di sini, saya kongsikan beberapa aplikasi percuma yang popular di Kalangan pengguna android. Mungkin ada beberapa orang yang masih tidak tahu kewujudan aplikasi ini.

Google Maps

Peta memaparkan visual dalam talian ini menawarkan laluan yang dapat dilihat walau di mana sekali pun kita berada. Lebih menarik apabila ia mampu mengesan lokasi di seluruh dunia menerusi pancaran satelit. Untuk mengembara, melancong atau meneliti jalan, aplikasi ini cukup berguna untuk semua.

Kayak

Dikategorikan sebagai salah satu aplikasi tempahan percutian yang cukup sederhana dan lengkap. Mudah digunakan untuk mencari tiket penerbangan, hotel, dan sewa kenderaan. Aplikasi ini disediakan bagi pelbagai jenis kategori perisian antaranya IOS untuk iPhone, Android, dan Blackberry.

Yelp

Tidak perlu pening untuk fikirkan mahu makan di mana. Ini kerana, aplikasi Yelp ini memberikan informasi terkini dan cadangan restoran menarik dan terkenal untuk dicuba. Bukan itu saja, ia turut mencadangkan tempat membeli-belah, port lepak pada malam hari dan lokasi hiburan.
WeatherBug
Bagi anda yang suka melancong dan meneroka tempat baru, aplikasi ini antara paling terbaik boleh dicuba. Ingin berjalan menyusuri jalan di sesebuah kota atau melakukan aktiviti air di lokasi berbeza? Ia membantu anda untuk mengesan terlebih dulu infomasi dan ramalan cuaca di kawasan anda berada atau ingin dituju.

Jiwire Wi-Fi Finder

WiFi sangat berguna tatkala kita berada di lokasi yang tiada jaringan Internet. Keadaan menjadi tertekan sekiranya kita sangat memerlukan hubungan Internet untuk melakukan kerja. Aplikasi ini akan membantu anda mencari jaringan WiFi sama ada berbayar atau percuma di lebih daripada 144 negara. Menarik!

Google SMS

Tahukah anda, aplikasi ini cukup berguna kala anda kehabisan wang prabayar atau tiada signal. Menerusi akaun Gmail, anda dapat mengirim SMS tanpa bayaran dan kemungkinan mesej anda untuk gagal adalah sangat tipis. Tunggu apa lagi? Muat turun aplikasi ini untuk kegunaan pada masa tertentu dan yang pastinya, ia percuma!

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Aplikasi Percuma Yang Popular di Kalangan Pengguna Android. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger