Sekarang hampir kesemua memiliki telefon pintar khasnya remaja dan orang dewasa. Kita sedar ramai daripada kita seperti tidak boleh hidup tanpa telefon pintar. Jika ditanya apakah barang paling penting dalam beg, sebahagian besar pasti akan menjawab telefon selain dompet. Tanpa kita sedari, obsesi ini memberi kesan buruk kepada kesihatan melalui penggunaannya setiap hari.
Tahukah anda telefon pintar boleh menimbulkan pelbagai penyakit terhadap sikap dan kesihatan? Saya kongsi antara kesan buruk terlalu obeses dengan telefon pintar.

Nomophobia

Ketagihan terhadap telefon pintar kini menjadi isu serius. Bahkan, sikap obses terhadap gajet ini sudah diberi nama tersendiri iaitu nomophobia atau no-mobile-phone-phobia. Bukan saja sukar ‘melepaskan’ diri daripada ‘membelek’ telefon, rasa tertekan juga secara tidak langsung akan muncul jika tidak dapat menjawab panggilan atau mesej.
Hal ini membuatkan kita terus fokus untuk mencari alternatif lain dengan memeriksa di media sosial.

Tumpuan kuman

Telefon tidak semestinya bersih daripada menjadi sumber bakteria. Sebuah kajian di University of Arizona, Amerika Syarikat menemui sejumlah kuman pada telefon dalam kuantiti 10 kali ganda lebih banyak dibandingkan di bilik mandi!

Ganggu tumpuan

Situasi ini tidak dapat disangkal lagi. Telefon mampu mengganggu fokus kita walau di mana saja kita berada bahkan ketika memandu sekalipun. Lebih bahaya apabila kebergantungan terhadap telefon membuatkan kita tidak terfikir mengenai bahaya lain hingga ada antaranya meletakkan diri dalam bahaya tanpa sedar. Pengkaji dari Carnegie Mellon University, Amerika Syarikat mendapati sekiranya seseorang khusyuk melayari Internet di telefon, aktiviti otaknya akan lambat sebanyak 37 peratus daripada kelajuan asal untuk memproses maklumat daripada perbualan realiti. Selain itu, kajian daripada Universiti Washington mendapati, ‘bermain’ SMS sambil berjalan mampu membuatkan seseorang empat kali ganda lalai sekali gus mengabaikan lampu pejalan kaki atau lupa untuk melihat jalan sebelum melintas.

Susah tidur


Boleh dikatakan sudah menjadi aktiviti wajib untuk memeriksa telefon sebelum tidur. Padahal tanpa diketahui, cahaya daripada telefon mampu membuatkan kita sukar untuk tidur. Belum lagi dikira dengan beberapa jam masa dihabiskan untuk memeriksa media sosial lain, pastinya waktu tidur makin berkurang dan lama kelamaan, kesihatan pasti merosot.

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Kesan Buruk Terlalu Obses dengan Telefon Pintar. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger