Ikan masin merupakan salah satu makanan kegemaran orang Malaysia. Cara membuat ikan masin boleh dikatakan lebih kurang sama dengan cara buat jeruk buah cuma yang membezakannya adalah garam digunakan untuk menjerukkan ikan. 

Untuk menghasilkan ikan masin, banyak garam diperlukan, bukan sesudu dua yer. Antara jenis ikan yang biasanya digunakan di Malaysia adalah ikan kembung, tenggiri, ikan sardin dan yu. Ikan masin ini kebiasaannya digoreng atau dicampur dalam sup.

ikan masin



Langkah-langkah:
Pergi ke pasar basah dan carikan ikan yang sesuai untuk dibuat ikan masin. Anda boleh beli yang masih fresh ataupun sudah beku. Bergantung kepada citarasa anda.

Selepas itu, bersihkan ikan. Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut, saya ingin jelaskan bahawa terdapat dua jenis ikan masin. Pertama, ikan masin biasa di mana ia dijeruk dengan garam ketika masih fresh dan telah dibuang isi perut. Jika saiz ikan besar, anda boleh potong jadi kecil.


Kedua, jenis ikan masin yang akan dibiarkan mereput sikit (setelah lebih kurang 24 jam dibiarkan). Maksudnya reput sikit jer, bukan mereput sampai berulat tu. Ikan ni akan mengeluarkan sedikit bau busuk dan dagingnya akan jadi lembut sikit. Pada ketika ini, anda kena letakkan garam banyak-banyak dan biarkan selama sehari atau dua hari.

Untuk ikan masin jenis pertama tadi, anda kena jemurkan di bawah sinaran matahari. Letakkan di atas tray dan biarkan. Sinaran matahari akan mengeringkan ikan. Ulangi proses ini selama 3 hingga 4 hari atau sehingga garam betul-betul keras.

Untuk jenis ikan masin kedua pula, anda boleh jemurkan di bawah sinaran matahari tetapi jangan lama lah. Mungkin 3 hingga 4 jam cukup. Ataupun anda simpan di dalam botol/bekas dicampur dengan minyak zaitun atau minyak sayuran. Siap! 

Sebenarnya saya sendiri sangat menggemari ikan masin terutamanya ikan kembung. Sebab tidak berapa suka dengan rasa ikan masin yang dibeli kami buat sendiri ikan masin ni. Bagi saya ikan masin buatan sendiri lebih sedap. Kalau yang dibeli kat kedai tu rasanya terlalu masin kot.

Saya suka makan ikan masin kembung yang digoreng. Lepas tu letak limau, cili atau bawang besar yang dihiris halus. Fuuhhhh! Sangat menyelerakan lebih-lebih lagi bila makan ramai-ramai! Kena makan masa panas baru best..Ni lah favourite saya. Minyak selepas menggoreng ikan masin ni juga sangat enak dicampur pada nasi panas. Ia menambahkan keenakkan makanan. Tak caya? Anda boleh cuba lepas ni. Jangan salahkan saya kalau terlebih makan. Huhuuu..

Selain itu, ikan masin tu tadi boleh digoreng dengan nasi. Jadilah nasi goreng ikan masin! Tapi jangan pula goreng dengan tulang-tulangnya sekali. Tercekik tulang nanti. Cara memasak ikut kreativiti sendiri. Saya sebenarnya tidak berapa suka makan nasi goreng ikan masin kat luar tu. Rasanya tak sesedap yang dibuat menggunakan ikan masin yang dibuat sendiri. Ikan masin yang kat luar tu terlalu masin bagi saya kot.

Walaupun ikan masin ni sangat sedap dimakan dengan cili dan limau dan boleh buat kita ketagih, ia tidak boleh dimakan selalu. Setiap benda yang dimakan secara berlebihan tu boleh memberi kesan buruk pada kesihatan. Jadi, makanlah secara sederhana.

Sekarang anda dah tahu bagaimana membuat ikan masin sendiri. Tak perlu dah beli di market. Lagipun yang dibeli di market tu tak tentu bersih dan mahal pula tu kan. Kalau anda dah expert buat ikan masin, anda boleh buat bisnes jual ikan masin sendiri! Semoga berjaya!

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Proses Membuat Ikan Masin Kembung Dari Rumah. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger